Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Semarak sifat kejiranan dengan hiasi koridor pada musim perayaan

Jul 17, 2022 | 05:30 AM



SEJAK 15 tahun lalu, Encik Hamzah Osman, yang berminat menghiasi rumah, menghiasi koridor di luar rumah beliau untuk pelbagai perayaan.



Encik Hamzah menghiasi koridor untuk perayaan Tahun Baru Cina, Krismas dan Hari Kebangsaan Singapura.



Namun, beliau tidak menghiasi koridor pada Hari Raya kerana beliau tidak mempunyai jiran Melayu-Islam.



Juruteknik seni bina itu berkongsi bahawa idea untuk menghiasi koridor ini datang apabila beliau mendapat bendera Singapura secara percuma.



Jumlah bendera bertambah apabila jiran lain memberi bendera mereka kepada Encik Hamzah untuk digunakan sebagai dekorasi juga.



Beliau bukan sahaja menghiasi lobi lif di Blok 700B di Ang Mo Kio, malah sebelum itu, beliau juga berusaha mencuci tong sampah dan meletakkan tumbuhan di sekitaran itu.



"Sebenarnya, saya cuba untuk meningkatkan rasa kekitaan antara jiran apabila saya melakukan dekorasi ini.



"Dulu, memang ramai budak kecil yang duduk di sini dan apabila mereka kelihatan ghairah melihat hiasan ini, saya juga kagum," tambah Encik Hamzah, 53 tahun.



Dengan sikap Encik Hamzah yang suka mengitar semula, beliau sering mengguna semula barang-barang dekorasi dan hanya membeli barang-barang baru jika hiasan yang kelihatan kotor atau buruk. Hiasan yang Encik Hamzah beli berharga antara $60 dengan $100.



"Saya sering memasuki peraduan menghias dan saya akan mendapat wang habuan daripada peraduan sebegini.



"Wang yang saya dapat akan digunakan untuk menampung kos yang diperlukan untuk menghias koridor saya. Kadangkala, ada juga jiran lain yang menyumbang," ujar Encik Hamzah, yang tinggal bersama isteri dan anaknya.



Encik Hamzah berkongsi bahawa ia mengambil masa sehingga satu jam jika beliau seorang yang meletakkan dekorasi di koridor.



Namun, jika ada jiran yang menolongnya, ia akan mengambil masa sekitar 30 minit.



"Saya juga ikut mood untuk pasang dekorasi ini. Semua perlukan masa. Dari menggosok dan mencuci, ini semua perlukan masa," katanya.



Tidak ada banyak perbezaaan pada dekorasi yang Encik Hamzah lakukan setiap tahun kerana memang beliau tidak mengikut tema.



Pada Hari Kebangsaan Singapura yang ke-50, beliau menggunakan bendera-bendera kecil untuk membuat angka 50 sebagai satu keistimewaan tahun itu.



Namun, tahun ini agak berbeza bagi Encik Hamzah kerana jiran yang selalu menghiasi koridor bersamanya, Cik Doris Teo, telah meninggal dunia. Beliau tidak memasang karpet merah yang selalu dipasang, sebagai tanda hormat kepada keluarga Cik Teo.



"Tahun ini, saya tetap menghiasi koridor untuk menyemarakkan Hari Kebangsaan. Namun, situasi tahun ini agak muram kerana saya hendak menghormati keluarga jiran saya," ujar Encik Hamzah.



Beliau juga berkongsi bahawa ada rakyat Singapura lain yang telah meraih inspirasi daripada beliau.



Sebagai contoh, beliau berkata di kawasan kejiranan Tampines, ada penduduk yang ternampak dekorasi Encik Hamzah di laman sosial Instagram dan mereka meraih inspirasi untuk menghiasi koridor mereka juga.



Encik Hamzah berharap dengan menghiasi koridor, beliau akan dapat membangkitkan rasa kekampungan dan semangat tersebut di antara jiran-jirannya dan juga rakyat Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >