Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

Sembilan MOU dimeterai

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

RAHAT PEMIMPIN SINGAPURA DAN INDONESIA: RAIKAN 50 TAHUN

Sembilan MOU dimeterai

Sep 08, 2017 | 05:30 AM

PROGRAM pertukaran antara pelajar Singapura dan Indonesia dan meningkatkan kemahiran ekonomi digital merupakan antara rancangan yang boleh dijangkakan hasil termeterainya sembilan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Singapura dengan Indonesia.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) telah menyaksikan pemeteraian empat MOU itu di Istana semalam.

Antara perjanjian itu termasuk tiga perjanjian dimeterai Kementerian Pendidikan (MOE) Singapura dengan tiga kementerian Indonesia - Kementerian Pendidikan dan Budaya, Kementerian Penyelidikan, Teknologi dan Pendidikan Tinggi (MORTHE) serta Kementerian Perusahaan (MOI).

Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, menandatangani perjanjian dengan Menteri Penyelidikan, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia, Profesor Mohammad Nasir, bagi kerjasama program pertukaran pelajar dan kakitangan, serta program penyelidikan dan latihan

Encik Ong juga menandatangani perjanjian dengan Menteri Perusahaan Indonesia, Encik Airlangga Hartarto, bagi kerjasama untuk bertukar maklumat, amalan terbaik dan pengalaman dalam pendidikan dan latihan vokasional.

Menteri Pendidikan (Sekolah), Encik Ng Chee Meng, dan Menteri Pendidikan dan Budaya Indonesia, Profesor Dr Muhadjir Effendy, juga memeterai MOU bagi pertukaran antara pelajar kedua-dua negara, membangunkan jalinan lebih kukuh antara belia dan meningkatkan pemahaman budaya, masyarakat dan bahasa kedua-dua negara.

PM Lee dan Presiden Jokowi juga menyaksikan MOU antara Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dengan Penguasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia bagi meneroka pertukaran pengetahuan dan kepakaran serta menghulurkan bantuan bersama jika berlaku bencana alam.

Di bawah MOU lain, anak syarikat milik penuh Institut Pendidikan Teknikal (ITE), ITEES, akan bekerjasama dengan MOI bagi program pembangunan keupayaan bagi melatih 25 ketua vokasional dan 75 pakar pengkhususan daripada beberapa politeknik di bawah MOI.

Program itu meliputi latihan kepimpinan dan peningkatan kemahiran teknikal dalam bidang antara lain termasuk kejuruteraan mesin dan kejuruteraan automasi perindustrian. Di akhir program itu, peserta dijangka mengongsi pengalaman dengan 300 peserta lain.

Buat pertama kali, MOU selama lima tahun dimeterai antara Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Institut Teknologi Bandung (ITB) dan pertubuhan bukan mencari untung di Indonesia, United in Diversity (UID) bagi meneroka beberapa rancangan seperti program possiswazah antara SUTD dengan ITB bagi membentuk program possiswazah dwiijazah seperti program ijazah doktor falsafah (PhD) berganda.

UID pula akan menyelaraskan program bekerja sambil belajar bagi mahasiswa ijazah sarjana muda SUTD.

Bagi memupuk semangat keusahawanan, kegiatan dan projek berkaitan keusahawanan dirancangkan termasuk di taman teknologi di bandar seperti Jakarta dan Bali.

Selain itu, Sekolah Komputer Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Politeknik Singapura masing-masing memeterai perjanjian dengan MORTHE.

MOU dengan NUS melibatkan program pertukaran antara anggota fakulti, manakala MOU dengan politeknik pula melibatkan program Latih Jurulatih bagi meningkatkan keupayaan dalam kemahiran ekonomi digital bagi membaiki kurikulum teknologi maklumat (IT) di Indonesia.

Dalam pada itu, satu perjanjian juga dijalinkan antara Pavilion Gas, Keppel SingMarine dan PT Perusahaan Listrik Negara (PLN) bagi kerjasama pengedaran LNG di pulau dan lokasi terpencil di Indonesia Barat.


"Kami sedang menyaksikan pertumbuhan besar yang bersejarah dalam syarikat e-perniagaan di Indonesia. Kita mempunyai beberapa syarikat, setiap satu bernilai AS$1 bilion ($1.35 bilion). Dengan saiz pasaran domestik kami, kita akan mempunyai lebih banyak lagi dalam tahun-tahun akan datang. Dua puluh tahun lalu, Batam bagi Singapura adalah seperti Shenzhen bagi Hongkong. Hari ini, Batam mesti menjadi jambatan digital – satu tempat lompatan yang boleh menghubungkan Singapura dengan ekonomi digital dalam bandar-bandar termasuk Yogyakarta, Bandung dan bandar-bandar lain di sekitaran Indonesia."
– Presiden Indonesia Joko Widodo semasa berucap dalam bahasa Inggeris di Forum Pelaburan Singapura-Indonesia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3