Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR 'FIKIR SIHAT, JADI SIHAT' ANJURAN BERITA HARIAN

200 hadirin raih panduan kesihatan, makan dan senaman

Jul 31, 2017 | 05:30 AM



KIRA-KIRA setengah pinggan makan kita sepatutnya diisi sayur dan buah-buahan. Suku pinggan pula diisi nasi beras perang atau roti mil penuh, sementara bakinya dengan daging dan ikan.



Itulah antara intipati penyampaian pakar Pemakanan Mind Your Nutrition Consultancy, Cik Humairah Hameed Maricar, di seminar Fikir Sihat, Jadi Sihat di auditorium Singapore Press Holdings, Toa Payoh North, kelmarin.



Seminar anjuran Berita Harian itu turut diusahakan bersama Nour Nutralab LLP, Natures Ville dan Health Seed.



Sekitar 200 peserta menghadiri seminar empat jam itu, yang juga melibatkan dua penceramah lain



- Encik Mat Rozi Yaacob, pakar pemakanan dan perubatan herba; dan Cik Nawal Alhaddad, pengasas Nawal Haddad Fitness.



Di seminar tersebut, peserta juga diberitahu tentang tanda-tanda penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.



Selain itu, seminar memuatkan perkongsian tentang pemakanan sesuai dan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan bagi mencegah penyakit.



Dalam penyampaiannya, Encik Mat Rozi telah berkongsi mengenai perubatan berasaskan herba untuk menangani simptom penyakit kronik.



Suasana dingin dalam auditorium kemudian bertukar 'hangat' apabila Cik Nawal mengajak peserta melakukan beberapa jenis pergerakan yang boleh dilakukan di mana sahaja dalam keadaan duduk.



Malah, beberapa peserta secara sukarelanya naik ke pentas bagi menjayakan senaman itu bersamanya.



Antara peserta beberapa forum kesihatan anjuran akhbar ini, ialah Cik Nurliyana Daros, 28 tahun. Beliau berkata seminar kali ini menawarkan perbezaan. Kali ini, penyampaian memberi tumpuan kepada pemakanan dan gaya hidup sihat.



"Yang baiknya, seminar kali ini menawarkan maklumat khusus, seperti pemakanan sihat oleh pakar pemakanan; maklumat tentang herba oleh pakar bidang tersebut; serta amalan gaya hidup sihat oleh pengamal senaman," ujar Cik Nurliyana, ketika ditemui.



Seorang lagi peserta, Cik Aisah Ibrahim, 70 tahun, berkata seminar itu amat bererti kerana beliau berminat mengetahui lebih lanjut tentang makanan tambahan.



"Saya berminat mengetahui tentang makanan sampingan asli seperti herba, apakah yang sesuai buat diri saya secara amnya. Oleh sebab itulah saya pilih menghadiri acara ini," kata pesakit polio itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >