Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sempadan darat SG-M'sia dibuka semula

Apr 01, 2022 | 12:10 AM



DERETAN kereta dan motosikal yang beratur untuk melepasi pemeriksaan kastam biasanya bukan pemandangan yang ingin dilihat oleh sesiapa yang ingin menyeberang Tambak.



Namun, pada tengah malam 1 April 2022, ia adalah adegan yang dinanti-nantikan.



Lautan kenderaan dan juga manusia - yang berhasrat berjalan kaki dari Singapura ke Malaysia - akhirnya bergerak dan dibenarkan melalui pemerikasaan kastam di kededua laluan darat negara berjiran itu, mengakhiri tempoh sekatan yang telah bermula lebih dua tahun lalu sejak pandemik bermula.





Mulai 1 April, pengembara yang telah divaksin sepenuhnya dibenar ulang-alik melalui Tambak di Woodlands dan Link Kedua di Tuas tanpa menjalani sebarang ujian Covid-19 atau kuarantin. Mereka juga tidak perlu menaiki bas Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) khas



Had jumlah pengembara harian, iaitu 6,800 menerusi VTL juga ditiadakan.



Pembukaan semula sempadan darat ini dijangka memulakan semula perjalanan singkat antara Malaysia dengan Singapura.



Sehingga 6 petang pada 31 Mac, seorang jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ia telah menerima sekitar 200,000 permohonan bagi Permit Masuk Kenderaan (VEP).



“Ini menunjukkan permintaan bagi perjalanan rentas sempadan. Kesesakan semasa waktu sibuk dijangka dan pengembara diminta memeriksa maklumat lalu lintas sebelum pergi ke pusat pemeriksaan,” kata jurucakap itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >