Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua 71 masjid di S'pura sokong kempen antidadah CNB, Muis

Jun 25, 2021 | 05:16 PM



KESEMUA 71 masjid akan menyokong kempen antidadah tahun ini dengan khutbah khusus yang menggalak masyarakat memainkan peranan aktif disampaikan pada Jumaat (25 Jun).



Inisiatif 'Dadah Itu Haram' dilancarkan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Masjid Al-Ansar di Bedok pada Jumaat.



Turut serta Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood dan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.



Kempen antidadah tahunan itu diadadakan sejajar dengan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pengedaran Dadah Haram pada 26 Jun dan merupakan kerjasama antara Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Muis.



Usaha ini dilancarkan pada 2017 dan disokong 15 masjid tahun lalu dengan 71 masjid kini dilibatkan dalam langkah memerangi dadah.



Sewaktu solat Jumaat, khutbah yang khususnya disiapkan Pejabat Mufti menekankan kepentingan penglibatan masyarakat dalam melawan penyalahgunaan dadah.



"Sebagai sebuah masyarakat, kita memainkan peranan penting secara bersama dalam membantu dan menyediakan sokongan yang diperlukan buat mereka yang terjerat dalam jerangkap penyalahgunaan dadah, dalam usaha mengatasi ketagihan ini.



"Kesan berbahaya penyalahgunaan dadah ini tidak dapat dinafikan. Ia bukan sahaja menjejas individu tetapi menyebabkan institusi keluarga juga terjejas dan harapan musnah. Masa depan anak-anak mereka juga akan terabai," demikian antara teras khutbah yang disampaikan.



Kain rentang yang mengingatkan masyarakat tentang usaha memerangi dadah akan dipaparkan di masjid.



Ketika ditemui media di majlis pelancaran itu, Encik Shanmugam berterima kasih kepada Muis kerana sokongan yang diberi selama ini.



"Pelancaran hari ini memperkukuh kerjasama tugas yang rapat, komitmen bersama Muis dan masjid dalam menyebar kesedaran antidadah kepada masyarakat.



"Sokongan dari masjid ini penting kerana masjid adalah tumpuan utama jemaah, tumpuan utama mendekati masyarakat, bagi ramai dalam masyarakat Melayu/Islam, dan kami akan terus bekerjasama dengan semua rakan kerjasama masyarakat termasuk masjid dalam menyebar pesanan dan memperkukuh sokongan buat pesalah," kata Encik Shanmugam lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >