Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua murid darjah empat keatas perlu jalani program pengekodan

Jul 10, 2019 | 03:49 PM



MULAI tahun depan, kesemua murid darjah empat hingga darjah enam akan menyelami dunia pengekodan di bawah satu program diperkenalkan pemerintah.



Di bawah program Code For Fun, murid bakal melalui program pengayaan selama 10 jam secara keseluruhan yang membolehkan mereka menjalani pelajaran pemprograman visual yang akan memperkenalkan mereka kepada pemikiran pengkomputeran (computational thinking) dan konsep pengekodan.



Sebelum ini, murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah boleh memilih sama ada mahu menyertai program itu sejak diperkenalkan pada 2014.



Dalam usaha Singapura mengembangkan ekonomi digital, inisiatif meluaskan bertujuan mengasah bakat bagi ekonomi digital bermula dari kecil lagi.



“Ini merupakan kemahiran penting yang kita patut terapkan awal dalam sistem pendidikan kita. Ini tidak bermakna semua akan menjadi pengekod atau saintis komputer tetapi secara asasnya, kita semua perlu mempunyai pemahaman tentang perkara ini. 



“Ia tentang melengkapi generasi Singapura akan datang... kemudian tentunya terdapat segolongan yang akan mendalami bidang ini dan memilih untuk mengambilnya sebagai kerjaya,” ujar Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran, hari ini yang turut menekankan bahawa terdapat kekurangan bakat secara global dalam bidang ini.



Berkongsi kepada wartawan dalam satu sesi sarapan bersama media sebelum Seminar Pelan Kerja MCI di Pusat Konvensyen Suntec City, Encik Iswaran berkata langkah itu akan membentuk warga Singapura yang lebih bersedia secara digital, bermula dari peringkat sekolah rendah, dan ia sesuatu yang positif.



Ini kerana menurutnya, mereka akan dapat menyesuaikan diri kepada era digital secara cepat tatkala melangkah alam pekerjaan nanti. 



Semua murid darjah empat hingga darjah enam akan menjalani program pengayaan secara percuma yang akan memakan masa 10 jam secara keseluruhan.



Ia akan turut memperkenalkan teknologi baru muncul seperti kecerdasan buatan (AI).



Program itu akan bermula dengan program perintis lewat tahun ini bagi murid darjah enam sahaja di beberapa sekolah yang dipilih pada tempoh setelah tamat Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Ia kemudiannya akan dilancarkan kepada semua sekolah rendah tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >