Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Sentuhan terakhir Sarkasi diabadi di kolong blok

Allahyarham bimbing relawan susun naratif lukisan mural walau masalah kerosakan ginjal membelenggunya
Jun 28, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN Singapura kehilangan seorang tokoh dan seniman batik tersohor dan dihormati ramai tahun lalu, legasi Allahyarham Sarkasi Said tidak akan luput ditelan zaman.



Orang ramai, khususnya penduduk di Bishan kini boleh menikmati karya seni Allahyarham di enam tembok di kolong Blok 112, Bishan Street 12.



Allahyarham telah menyelesaikan projek mural itu bersama golongan sukarelawan sekitar sembilan bulan sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.



Beliau, yang mendapat gelaran 'Bapa Batik Singapura', meninggal dunia pada Oktober lalu pada usia 81 tahun akibat kerosakan pada kedua-dua ginjalnya.



Lebih mesra dengan panggilan Pak Sarkasi dan turut dikenali menerusi nama artisnya 'Tzee', Allahyarham merupakan penggiat seni batik tersohor bukan sahaja di Singapura, malah di peringkat antarabangsa bagi seni batiknya yang berani dan abstrak.



Walaupun menghadapi ujian menyusuli kegagalan kedua-dua ginjalnya, semangat beliau tetap kuat.



Beliau berazam berkongsi idea dan membimbing lebih 100 sukarelawan dari Sekolah Menengah Guangyang serta penduduk di Bishan Street 12 untuk mencetuskan konsep dan melukis mural yang boleh didapati di kolong blok itu.



Projek yang mengambil masa sebulan untuk diselesaikan dan diusahakan Januari tahun lalu itu mengandungi ciri-ciri orkid yang merupakan tanda karya seni Allahyarham Sarkasi



Ia antara beberapa projek terakhir Allahyarham dalam usahanya menyumbang kepada masyarakat walaupun keadaan kesihatannya disifatkan agak tenat.



Beliau yang sudah 27 tahun tinggal berdekatan Blok 112, Bishan Street 12, itu kerap turun ke kolong blok tempat mural itu berada sekarang.



Di situlah beliau kerap mengusulkan idea kepada relawan.



Beliau kerap ke kolong tersebut selepas maghrib iaitu waktu cetusan inspirasi sering bertandang.



Menurut anak bongsunya, Cik Imelda Zahry Sarkasi, 40 tahun, bapanya berpegang pada prinsip "lebih banyak seseorang memberi, lebih banyak mereka akan menerima".



Menurut Cik Imelda, bapanya amat bersyukur kerana berpeluang menggunakan kepakarannya dalam seni dan menyumbang kembali kepada masyarakat hingga ke akhir hayatnya.



"Walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot, tiada apa yang boleh menghalangnya kerana beliau ingin terus menyumbang kepada projek ini untuk menunjukkan bahawa seni boleh diteruskan dan seseorang itu boleh belajar dan melahirkan karya seni bukan sahaja di sekolah.



"Beliau meluangkan masa untuk membimbing sukarelawan dan menyusun naratif bersama supaya lukisan mural di keenam-enam tembok itu mempunyai makna mendalam," katanya yang turut membantu dengan lukisan mural itu.



Dua tahun lalu, Allahyarham Sarkasi menerima Pingat Budaya, iaitu penghormatan seni tertinggi Singapura, yang disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob di Istana.



Atas sumbangan meluas beliau dalam seni batik dan mengharumkan nama Singapura di persada antarabangsa, Allahyarham Sarkasi turut diiktiraf dengan anumerta Anugerah Jauhari 2021 Berita Harian Disember lalu.




"Walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot, tiada apa yang boleh menghalangnya kerana beliau ingin terus menyumbang kepada projek ini untuk menunjukkan bahawa seni boleh diteruskan dan seseorang itu boleh belajar dan melahirkan karya seni bukan sahaja di sekolah.
Beliau meluangkan masa untuk membimbing sukarelawan dan menyusun naratif bersama supaya lukisan mural di keenam-enam tembok itu mempunyai makna mendalam."
- Cik Imelda Zahry Sarkasi, 40 tahun, anak Allahyarham Sarkasi Said.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >