Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sentuhan wanita dalam dunia bank SG

Mar 18, 2018 | 05:30 AM



CIK Rashida Ismail merupakan sebahagian kumpulan kecil wanita Melayu yang berjaya dalam dunia perbankan.



Malah, mereka memegang jawatan kanan lagi penting dalam sektor tersebut.



Jumlah kakitangan yang dipimpin Cik Rashida pula mencecah sekitar 100 orang.



Beliau, 41 tahun, merupakan Naib Presiden (VP) berjawatan Ketua Perniagaan dalam bahagian Perniagaan Baru, Perbankan Perniagaan Global, di Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC).



Antara lain, beliau bertugas melakar strategi, menawarkan pinjaman bank kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) dan memproses kemajuan.



Beliau juga bertanggungjawab membimbing dan memberi dorongan kepada pekerja baru.



"Inilah jawatan yang paling mengghairahkan buat diri saya. Saya gembira jawatan ini menawarkan peluang dan mendorong kami maju ke depan," ujarnya.



Wawancara bersamanya telah diadakan di pejabat OCBC, di Chulia Street baru-baru ini.



Berita Minggu difahamkan ada dua lagi 'banker' wanita Melayu berpangkat sama tinggi di Singapura - pegawai pematuhan jenayah kewangan The Hongkong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) dan pegawai jabatan cukai The Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ).



Menariknya, Cik Rashida, siswazah pengajian perniagaan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), datang juga daripada 'keluarga kewangan'.



Ayahnya, Allahyarham Ismail Kadir, mantan pegawai Bank Negara Indonesia (BNI) yang berkhidmat dalam bahagian kredit sehingga berusia 50-an tahun.



Abang Cik Rashida, Encik Mohd Nasser, 45 tahun, pula ketua kemajuan pasaran modal Bursa Singapura (SGX).



"Sejak zaman sekolah rendah, saya memang mahu bekerja di bank.



"Ayah berwawasan. Saya sangat mengaguminya dan cara beliau menjalani kehidupan," ujar Cik Rashida.




"Inilah jawatan yang paling mengghairahkan buat diri saya. Saya gembira jawatan ini menawarkan peluang dan mendorong kami maju ke depan."
- Cik Rashida Ismail, Naib Presiden (VP) berjawatan Ketua Perniagaan dalam bahagian Perniagaan Baru, Perbankan Perniagaan Global, di OCBC.




Laporan lanjut: Wanita Melayu S'pura pimpin perbankan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >