Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seorang terkorban, 13 lagi cedera dalam nahas di Malaysia yang melibatkan warga Singapura

Apr 07, 2018 | 11:42 PM



KUALA LUMPUR: Seorang warga Malaysia terkorban manakala 13 lagi individu – kebanyakannya warga Singapura – cedera akibat satu kemalangan jalan raya dekat Kuala Lumpur petang tadi (7 April).



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata mereka menerima panggilan berhubung kejadian di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur itu sekitar 3.30 petang, lapor akhbar The Straits Times.



Nahas itu melibatkan 11 warga Singapura yang berusia antara 19 dengan 81 tahun serta tiga warga tempatan termasuk pemandu bas tersebut dan seorang konduktor bas.



Kebanyakan warga Singapura itu, termasuk seorang wanita berusia 81 tahun, mengalami kecederaan ringan.



Difahamkan, pemandu bas itu hilang kawalan dan ia melanggar sebuah lori.



Ini menyebabkan konduktor bas itu yang telah dikenal pasti sebagai Encik Carles Lagan, 26 tahun, terperangkap dekat bahagian depan bas. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.



Kejadian ini menyusuli satu lagi kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas dekat Genting Highlands semalam.



Dalam kejadian itu, 23 orang – termasuk 16 pelancong dari China – mengalami kecederaan ringan apabila bas yang mereka naiki terbabas dengan sebuah kereta.



Bulan lalu, seorang warga Singapura terbunuh dan beberapa lagi individu cedera dalam satu nahas jalan raya di Makkah, Arab Saudi, apabila bas yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah treler.



Kemalangan itu meragut nyawa pengarah Abu Bakar Travel Services, Allahyarham Ustaz Mohammad Abu Bakar Osman, 64 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >