Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

80 peratus golongan 12-39 tahun sudah tempah slot vaksinasi atau ambil suntikan pertama: Ong Ye Kung

Jun 29, 2021 | 06:20 PM



SEKITAR 80 peratus warga Singapura yang berusia antara 12 dengan 39 tahun telah menempah slot bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 atau mendapatkan suntikan dos pertama mereka selepas pembukaan lagi 500,000 slot.



Mengumumkan demikian dalam lampiran pos Facebook pada Selasa (29 Jun), Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata 80 peratus daripada sekitar 700,000 warga Singapura dalam kumpulan usia ini sudah mendapatkan suntikan dos pertama mereka atau menempah slot, dengan beliau mengharapkan jumlahnya akan terus bertambah.



Beliau menambah mereka yang bukan warga Singapura berupaya menempah slot vaksin Covid-19 mulai Rabu, dua hari sebelum yang dirancang. Ia adalah kerana Singapura kini mempunyai bekalan vaksin yang secukupnya.



Kata Encik Ong: "Ini akan lebih membantu mengekalkan momentum yang kuat bagi vaksinasi. Setiap hari itu penting."



Menurutnya lagi, keprihatinan terbesar pihak berkuasa kekal pada warga emas dengan 24 peratus daripada kumpulan ini belum lagi menjalani vaksinasi kerana pelbagai sebab.



"Kami risau kerana sedang Singapura membuka semula negara ini, akan ada lebih banyak pergerakan dan kegiatan antara penduduk dan kemungkinan besar golongan ini akan terdedah pada virus," jelasnya.



Justeru, beliau menggesa agar penduduk Singapura mampu memujuk orang tercinta agar menjalani vaksinasi.



Menurutnya lagi, kebanyakan daripada 500,000 slot vaksin ini sudah dibuka sejak beberapa hari lalu bagi memenuhi keperluan mereka yang berusia antara 12 dengan 39 tahun.



Sedang golongan belia kemungkinan kurang mendapat penyakit yang teruk, mereka juga boleh jatuh sakit, jelas Encik Ong.



Beliau memberi contoh kes Covid-19 yang bertambah di United Kingdom khususnya dalam kalangan orang muda yang merupakan golongan paling kecil menjalani vaksinasi serta sering keluar ke sana sini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >