Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sepertiga pembeli dalam talian pilih bungkus boleh guna semula

Apr 13, 2023 | 05:30 AM



SATU daripada tiga pengguna di sini memilih pembungkusan boleh guna semula untuk pembelian e-dagang mereka, menurut satu kajian perintis dijalankan oleh World Wide Fund for Nature Singapore (WWF-Singapura).



Dalam tempoh enam bulan dari April hingga September 2022, pembeli dalam talian meminta pembungkusan boleh guna semula untuk sekitar 5,000 bungkusan daripada 15,000 transaksi yang dijejaki oleh kajian itu.



Sejumlah 12 peruncit mengambil bahagian dalam kajian itu dengan menawarkan pelanggan pilihan pembungkusan boleh guna semula.



Peruncit tersebut berurusan dalam pelbagai jenis produk, termasuk produk penjagaan kesihatan, kasut, dan peralatan mandian dalam botol.



Sekitar 40 peratus daripada pembungkusan yang boleh diguna semula telah dikembalikan melalui peti surat atau pejabat pos Singapore Post (SingPost).



Secara purata, pelanggan mengambil 16 hari untuk memulangkan pembungkusan, dengan masa paling lambat merupakan tiga bulan.



Kajian mendapati bahawa pelanggan lebih mengutamakan kemudahan berbanding insentif untuk memulangkan bungkusan.



Beberapa pelanggan memilih untuk menyimpan pembungkusan untuk kegunaan mereka sendiri.



Untuk kajian tersebut, WWF-Singapura bekerjasama dengan Bank UOB, DHL Consulting, SingPost dan Better Packaging Co.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WWF-Singapura, Encik R. Raghunathan, berkata kajian itu bertujuan untuk mengukur tabiat dan sentimen pengguna terhadap pembungkusan boleh guna semula, dan untuk menunjukkan kepada peruncit bahawa konsep itu berdaya maju jika ditingkatkan.



Antara pengguna yang memilih pembungkusan boleh guna semula, sekitar lapan daripada 10 yang ditinjau berkata mereka berbuat demikian kerana ia merupakan pilihan yang mampan.



Dalam ucapan pada acara untuk mengumumkan hasil kajian pada Selasa di Capital Tower, Encik Raghunathan berkata:



"Kami berbesar hati dengan penemuan kajian kerana ia menunjukkan kesediaan rakyat Singapura untuk berbuat lebih banyak untuk alam sekitar sambil menekankan peranan penting peruncit dan pemain industri untuk mencipta ekosistem e-dagang baru yang mampan yang menarik minat orang ramai."



Bercakap pada perbincangan panel semasa acara itu, CEO SingPost Singapura, Cik Neo Su Yin, berkata:



"Orang ramai mempunyai tafsiran berbeza tentang maksud kemudahan.



"Kami fikir rangkaian SingPost yang terdiri daripada 800 peti surat dan 56 pejabat pos sudah menjadikannya agak mudah untuk mengembalikan pembungkusan. Tetapi kadangkala itu tidak cukup mudah."



Beliau menambah bahawa kemudahan harus dipertingkatkan, seperti dengan membenarkan pengguna memulangkan pembungkusan boleh guna semula dalam perjalanan ke tempat kerja atau rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >