Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Serang pegawai polis hingga cedera: Lelaki dijel 41/2 tahun

May 24, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang menyerang dan memukul beberapa pegawai polis, mengakibatkan salah seorang pegawai cedera teruk di kepala, semalam dijatuhi hukuman penjara selama empat setengah tahun dan enam sebatan rotan.



Pihak pendakwa menyifatkan serangan itu sebagai paling teruk terhadap pegawai polis sejauh ini.



Muhammad Fiqkri Jaffri, 28 tahun dihadapkan ke mahkamah menerusi pautan video untuk dibacakan hukuman terhadapnya semalam.



Dia menyatakan kekesalan atas tindakannya menerusi peguamnya Cik Audrey Koo dari Populus Law, dan menambah bahawa dia sudah mula menjalani rawatan dan mendapatkan kaunseling agama.



Bulan lalu, Fiqkri mengaku bersalah atas dua tuduhan menyebabkan cedera parah secara sengaja terhadap kakitangan perkhidmatan awam.



Dia juga dituduh melakukan kerosakan harta, ugutan jenayah dan menjadi ahli kongsi gelap.



Adik kembarnya, Muhammad Farhan Jaffri, dijatuhkan hukuman penjara 33 bulan dan empat minggu, tiga sebatan dan didenda $3,500 pada Jun lalu.



Mahkamah mendengar sebelum ini bahawa dua beradik itu berkongsi sebotol arak di rumah mereka sebelum insiden itu berlaku pada 23 Februari 2020, apabila isteri Farhan pulang ke rumah dan pasangan itu mula bertengkar.



Pasangan itu kemudian ke kolong blok untuk meneruskan pertengkaran mereka lalu orang awam menelefon polis.



Empat pegawai polis, termasuk Sarjan Chong Jia Wei, 27 tahun, dan Staf Sarjan Tity Sumarni Abd Ghani, 35 tahun, tiba di Blok 755 Jurong West Street 74 sekitar 4 pagi.



Apabila Staf Sarjan Sumarni bertanya akan keadaan pasangan itu, Farhan mula menjerit dan memakinya.



Fiqkri terdengar kekecohan keadaan itu dan langsung turun ke kolong blok.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dwayne Lum memberitahu mahkamah bahawa Fiqkri mula bersikap agresif terhadap pegawai polis apabila ingin mengetahui apa yang telah berlaku.



Dia menyuruh Farhan dan isterinya pulang ke unit mereka, sambil bertindak agresif terhadap pegawai polis dan menyuruh mereka diam.



Farhan sekali lagi telah melemparkan kata-kata kesat kepada Staf Sarjan Sumarni sebelum beredar, namun kembali beberapa minit kemudian.



Dia kemudian memberitahu Fiqkri bahawa dia tidak suka wajah Sarjan Chong.



Fiqkri bertanya Farhan berulang kali jika dia mahu Fiqkri untuk "menembak" Sarjan Chong. Istilah "menembak" dimaksudkan untuk menumbuk Sarjan Chong, kata DPP Lum.



Kededua beradik itu kemudian menumbuk dan menendang Sarjan Chong berkali-kali di muka dan badan sehingga Sarjan Chong berjaya memerangkap Fiqkri ke lantai.



Dua pegawai lain kemudian berjaya menahan Farhan, sementara Staf Sarjan Sumarni memukul Fiqkri dengan batonnya.



Fiqkri mencemuh Staf Sarjan Sumarni dan memberitahunya dia ahli kongsi gelap.



Dua lagi pegawai termasuk Sarjan Chen Jian Da, 28 tahun tiba dan menahan Fiqkri. Dia menyondol Sarjan Chen walaupun telah digari.



Kededua pegawai yang cedera dibawa ke hospital. Sarjan Chong dirawat di wad neurosurgeri selama dua hari dan diberi cuti hospital selama 29 hari. Sarjan Chen pula diberi lima hari cuti sakit patah tulang hidungnya.



Bagi setiap tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke pekerja perkhidmatan awam secara sukarela, pesalah boleh dipenjara hingga 15 tahun dan didenda atau disebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >