Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangan perisian tebusan jadi ancaman keselamatan negara: CSA

CSA
Aug 29, 2022 | 05:29 PM



LIMA puluh peratus lagi syarikat di Singapura menjadi mangsa serangan perisian tebusan, ini ketika serangan sedemikian kini menjadi ancaman keselamatan negara.



Mencerminkan trend global, bilangan firma di Singapura yang sistem mereka dikunci sehingga wang tebusan dibayar meningkat daripada 89 pada 2020 kepada 137 tahun lalu, kata Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura.



“Tahun lalu menyaksikan serangan perisian tebusan berubah sepenuhnya daripada kejadian sekali-sekala dan terpencil, kepada risiko keselamatan negara serius dan mampu melakukan serangan secara besar-besaran dan sistemik yang boleh menjejaskan keseluruhan rangkaian perusahaan besar,” kata CSA dalam laporan Landskap Siber Singapura 2021 (Singapore Cyber Landscape 2021) yang dikeluarkan hari ini (29 Ogos).



Memandangkan setiap serangan tidak dilaporkan, angka tersebut mungkin hanya mewakili segelintir kes yang terjadi, kata laporan tahunan keenam itu.

Menurut laporan The Straits Times, CSA mendapati bahawa majoriti firma di sini dilanda perisian tebusan tahun lalu adalah syarikat kecil dan sederhana (SME) daripada industri seperti IT dan pembuatan, yang dikatakan “mudah terjejas”.



“Kedua-dua sektor ini sering menjalankan operasi 24/7 dan mungkin tidak mampu menanggung masa henti untuk membaiki sistem mereka,” kata agensi itu.



Ia berkata beberapa kumpulan yang menyasarkan SME Singapura menggunakan model perisian tebusan-sebagai-perkhidmatan, di mana penggodam memajak sofwe perisian hasad kepada penceroboh siber lain sebagai pertukaran untuk potongan hasil. 



Model ini dengan ketara merendahkan halangan masuk untuk penggodam amatur atau kurang mahir untuk menyerang syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >