Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE PERINGKAT 'A'

Serba boleh: Pelajar cemerlang, pemain bola sepak, pemuzik & sukarelawan

Feb 18, 2023 | 06:06 AM



SERBA-SERBI boleh.



Selain menjadi naib kapten pasukan bola sepak sekolahnya, Encik Nur Iman Shah Nazarudin juga giat membuat persembahan muzik di acara-acara yang diadakan di sekolah.



Berkongsi pengalamannya mengimbangkan kedua-dua minatnya itu - di samping ketegasan akademik yang perlu dilalui bagi mempersiap diri bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' - pelajar Maktab Rendah Victoria (VJC) berusia 18 tahun itu berkata:



"Bagi saya, terdapat masa lapang antara waktu pelajaran dengan waktu CCA (kegiatan ko-korikular), jadi saya gunakan peluang tersebut untuk lakukan tugas sekolah.



"Saya akan habiskan apa-apa tugas sekolah yang ada di sekolah.



"Selain itu, kami sebagai satu pasukan bola sepak juga ada sesi belajar bersama-sama, dan kebanyakan daripada kami akan cuba habiskan apa-apa tugasan di sekolah, jadi apabila kami pulang ke rumah, kami dapat rehat dan mempersiapkan diri bagi hari berikutnya."



Disiplin dalam menguruskan masa adalah penting lebih-lebih lagi kerana Encik Iman Shah boleh menghabiskan sehingga lima hari seminggu berlatih dengan pasukan bola sepaknya pada musim perlawanan.



Berkat kerja keras mereka, pasukan tersebut berjaya muncul juara bagi Bola Sepak Divisyen A pada 2022.



Selain itu, beliau yang terdorong menonjolkan bakat muziknya setelah melihat adiknya membuat beberapa persembahan, turut mengambil bahagian dalam beberapa acara di VJC seperti MusicFest.



Lebih daripada itu, beliau juga sempat meluangkan waktu untuk melakukan kerja-kerja sukarela.



Melibatkan diri dengan MudaSG, kumpulan sukarelawan belia di bawah rangkaian M Kuasa Tiga (M³), beliau telah membantu mengumpul dana bagi Rumah Kebajikan Muhammadiyah, selain mengambil bahagian dalam pengagihan makanan bagi keluarga berpendapatan rendah semasa Ramadan.



Pada 17 Februari, Encik Iman Shah yang kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah menerima keputusan peperiksaan GCE 'A' nya.



Beliau yang mengambil mata pelajaran Biologi, Kimia, Matematik dan Ekonomi - kesemuanya di peringkat H2 - bersyukur akan keputusan yang diterima, meskipun tidak memberi butiran lanjut.



Beliau berniat menyambung pendidikannya di Universiti Nasional Singapura (NUS) kelak dan mahu menjadi seorang doktor perubatan.



Seperti Encik Iman Shah, seramai 10,930 calon telah menduduki peperiksaan GCE peringkat 'A' 2022.



Sebanyak 93.4 peratus daripada mereka telah berjaya lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran di peringkat H2, dan lulus Kertas Am (GP) atau Pengetahuan dan Inkuiri (KI).



Ini setanding dengan prestasi calon untuk peperiksaan GCE 'A' pada tahun-tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan bersama.



Pemohon yang berminat bagi kemasukan dan/atau biasiswa ke Universiti Berautonomi (AU) hendaklah mengemukakan permohonan mereka secara dalam talian.



Mereka tidak perlu menyerahkan salinan cetak sijil GCE 'A' mereka.



Lulusan GCE 'A' yang layak yang ingin melanjutkan pelajaran di politeknik boleh mendapat manfaat daripada pengecualian modul dalam sekitar 120 kursus.



Pelajar yang berminat perlu langsung memohon ke politeknik dari 21 Februari hingga 6 Mac 2023, untuk matrikulasi pada April 2023.



Pelajar juga boleh memohon pada Ogos 2023 untuk matrikulasi pada Oktober 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >