Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sertai acara basikal virtual demi memelihara sekitaran

Mar 19, 2022 | 11:33 AM



ORANG ramai kini boleh menyertai acara berbasikal secara virtual untuk menyokong usaha memelihara sekitaran.



Acara Cycle for Change 2022 anjuran Senoko Energy itu bermula 10 Mac lalu dan akan berlangsung hingga 22 April ini. 



Acara tersebut bertujuan mencapai jarak berbasikal sejumlah 1 juta kilometer, yang akan diubah menjadi Sijil Tenaga Diperbaharui (REC) untuk menyokong aset penjanaan suria, dan mengurangkan sebanyak 187,000 kilogram pelepasan karbon.



Orang ramai boleh menyertai acara virtual itu dengan berbasikal di mana sahaja menggunakan akaun aplikasi Strava.



Acara Cycle for Change itu merupakan lanjutan kepada inisiatif #TakeCharge oleh Senoko Energy, yang merupakan komitmen berterusan penyedia tenaga itu untuk mengurangkan pelepasan karbon, menyokong sumber tenaga diperbaharui, serta menggalakkan gaya hidup mampan, menurut satu kenyataan syarikat itu.



Ketua Eksekutif Senoko Energy, Encik Graeme York, berkata: “Sebagai sebuah syarikat, kami ingin menyokong dan memberi ganjaran kepada usaha isi rumah dan syarikat yang mengawal pilihan harian sebagai sebahagian daripada usaha Senoko Energy untuk melambatkan kesan perubahan iklim kepada generasi masa depan.”



Syarikat itu juga melancarkan Cabaran Hashtag TikTok untuk menggalakkan orang ramai berusaha ke arah kemampanan. Orang ramai boleh mengunjungi laman https://bit.ly/3ueHPei untuk mendapatkan maklumat lanjut.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >