Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG SHANGRI–LA

Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin temui Eng Hen

Sahkan semula hubungan pertahanan dua hala amat baik dan kerjasama saling menguntungkan antara Singapura dengan Amerika
Jun 11, 2022 | 05:30 AM



SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, kini berada di Singapura dalam lawatan rasminya ke negara ini dan untuk menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-19 yang berlangsung mulai semalam.



Beliau turut menemui Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Hotel Shangri-La pagi semalam.



Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef), dalam pertemuan itu, Dr Ng dan Encik Austin mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala amat baik dan kerjasama saling menguntungkan antara Singapura dengan Amerika.



Dr Ng turut melahirkan penghargaannya atas sokongan padu Amerika berkaitan latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Amerika, termasuk sokongan Amerika bagi pemerolehan dan operasi Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) bagi pesawat F-35B selain pembentukan Detasmen Latihan Pejuang di Guam menjelang 2029.



Mereka juga membincangkan cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan antara dua negara, seperti dalam bidang pertahanan siber, berikutan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung kerjasama di alam siber pada Ogos 2021.



“Encik Austin menegaskan komitmen Amerika untuk melibatkan diri dengan rantau Asia-Pasifik dan memainkan peranan kuat dalam Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)-Plus.



“Beliau melahirkan penghargaan atas sokongan Singapura terhadap kehadiran Amerika di rantau ini, walaupun di tengah-tengah Covid-19.



“Kedua-dua menteri juga mengesahkan keperluan bagi hubungan pertahanan yang mantap di rantau kita, dengan negara serantau bekerja secara kolektif demi keselamatan dan kemakmuran,” ujar Mindef.



Menurut kenyataan itu lagi, hubungan pertahanan Singapura-Amerika didukung MOU 1990 Berkaitan Penggunaan Kemudahan Amerika Syarikat di Singapura, yang diperbaharui pada 2019, dan Perjanjian Rangka Kerja Strategik 2005 yang mengiktiraf Singapura sebagai Rakan Kerjasama Keselamatan Utama.



Ini selain Perjanjian Kerjasama Pertahanan yang Dipertingkat 2015 yang memperluas kerjasama pertahanan merentasi bidang keselamatan tradisional dan bukan konvensional serta membentangkan bidang kerjasama baru termasuk dalam memerangi pengganasan dan biosekuriti.



Encik Austin juga dijadual bertemu Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan akan berucap pada sesi pleno bertajuk “Langkah Seterusnya bagi Strategi Indo-Pasifik Amerika Syarikat” pada hari ini di SLD ke-19.



Beliau juga dijadual menemui beberapa menteri negara lain termasuk Menteri Pertahanan China, Jeneral Wei Fenghe, dan membincangkan cara menguruskan persaingan antara dua kuasa besar itu, di tengah-tengah ketegangan memuncak berhubung pelbagai isu dari Taiwan hingga pergerakan tentera Beijing di Laut China Selatan.



Selain itu, Encik Austin juga dijadual bertemu dengan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Encik Lee Jong-sup, di samping terlibat dalam perbincangan tiga hala dengan Encik Lee dan rakan sejawatan mereka dari Jepun, Encik Nobuo Kishi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >