Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAYSIA HENTI EKSPORT AYAM

SFA usul alih ke ayam beku, beli apa yang perlu

May 25, 2022 | 05:30 AM



AGENSI Makanan Singapura (SFA) menggalak orang ramai agar membeli ayam beku jika boleh, di tengah-tengah langkah Malaysia menghentikan eksport ayam segar mulai Jun.



Ini sedang agensi itu cuba untuk bekerjasama dengan pengimport untuk mengurangkan kesan bekalan ayam setempat.



Misalnya, SFA berkata pengimport akan mendapatkan rantaian bekalan lain untuk menambah import ayam segar daripada sumber alternatif selain meningkatkan import ayam beku daripada bekalan bukan Malaysia atau mengambil daripada stok ayam mereka.



"SFA sedang memantau dengan teliti situasi mengenai import dari Malaysia dan sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti pengimport untuk mengurangkan kesan bekalan ayam," ujar SFA yang menyatakan demikian dalam satu kenyataan di Facebooknya.



Sekitar 34 peratus ayam yang diimport Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia.



Kebanyakan daripadanya diimport sebagai ayam hidup dan kemudian disembelih dan dibekukan di Singapura.



Menurut SFA, meski terdapat gangguan sementara terhadap bekalan ayam sejuk, pilihan ayam beku kekal ada untuk mengimbangi kekurangan.



"Kami amat menggalakkan pengguna untuk memainkan peranan agar lebih terbuka untuk membuat perubahan kepada pilihan dalam dan merentasi kumpulan makanan.



"Ini termasuk sebaliknya memilih ayam beku dan bukan ayam sejuk serta sumber produk daging lain.



"Kita juga menasihati pengguna untuk membeli apa yang mereka perlu sahaja," kata SFA lagi.




"Case (Persatuan Pengguna Singapura) menggalak pengguna menggunakan Price Kaki untuk membandingkan harga ayam dan produk berkaitan apabila membeli-belah dalam minggu-minggu mendatang.

Pada masa sama, Case juga akan berusaha untuk menambah jumlah ayam dan produk berkaitan yang ditampilkan di Price Kaki, supaya pengguna boleh terus berbelanja secara berpatutan bagi mengharungi kesan mendadak terhadap bekalan ayam."

- Presiden Case, Encik Melvin Yong, yang juga Anggota Parlimen (SMC Radin Mas).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >