Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG-Indo teruskan perbincangan skim VTL dua hala

Susuli pengumuman pengunjung Indonesia boleh ke SG bebas kuarantin mulai 29 Nov
Nov 17, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar Singapura dan Indonesia bersetuju meneruskan perbincangan berhubung skim Laluan Perjalanan bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dua hala, sehari selepas Singapura mengumumkan pengunjung dari Indonesia boleh berkunjung bebas kuarantin ke Singapura bermula 29 November.



Menteri Ehwal Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, telah bertemu dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di Singapura semalam, untuk membincangkan kerjasama dua hala, khususnya peraturan perjalanan selamat termasuk melalui VTL.



"Kami mempunyai perbincangan yang baik berhubung langkah yang akan diambil untuk membuka semula sempadan selain memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.



"Kami mengalu-alukan pembukaan VTL dari Jakarta ke Singapura mulai 29 November ini dan bersetuju meneruskan perbincangan meluaskan VTL," kata Dr Balakrishnan.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar Indonesia, kededua pihak bersetuju meneruskan perbincangan untuk peraturan VTL dua hala.



Di bawah VTL yang akan dilaksanakan, pengunjung dari Indonesia yang memasuki Singapura tidak perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Sebaliknya, mereka perlu diuji negatif bagi Covid-19 selama dua hari sebelum keberangkatan ke Singapura dan sebaik tiba ke sini.



Apabila tiba di Singapura, mereka perlu mengambil ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) dan boleh meneruskan aktiviti jika mereka diuji negatif.



Namun, pelawat dari Singapura yang ke Indonesia masih perlu menjalani kuarantin selama 10 hari di negara itu.



Sejak 11 November, pengunjung boleh menyerahkan keputusan ujian negatif sama ada ujian swab PCR atau melakukan ujian pantas antigen (ART) yang dilakukan secara profesional.



Pengunjung di bawah Pas Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTP) untuk pengunjung jangka pendek dan pemegang pas jangka masa panjang dari Indonesia, akan dibuka untuk permohonan pada 22 November.



Kedua-dua menteri itu juga telah membincangkan perincian pelaksanaan skim perjalanan bebas kuarantin sehala yang diberikan Singapura kepada pengunjung dari Indonesia daripada satu tempat ke satu tempat lain, khususnya dari Jakarta ke Singapura.



Sebagai permulaan, dua penerbangan VTL akan disediakan setiap hari di antara Singapura dan Jakarta dan ini akan ditambah kepada empat di masa akan datang.



Cik Retno diberitahu oleh Dr Balakrishnan bahawa skim itu dilanjutkan kepada Indonesia berdasarkan, antara lain, "kepercayaan pada sistem, kemajuan berterusan terhadap situasi Covid-19 di Indonesia dan kadar vaksinasi yang tinggi."



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, berkata kelmarin bahawa beliau berharap Indonesia akan membuka semula sempadan mereka tidak lama lagi kepada pengunjung Singapura, sambil menambah bahawa negara itu telahpun membuka sempadannya kepada pengunjung daripada 19 negara lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >