Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG perlu tangani jurang kemahiran antara generasi, beri lebih tumpuan pada pekerja lebih tua: Penasihat OECD

Feb 11, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu menangani jurang kemahiran antara generasinya yang semakin membesar dengan memberi lebih tumpuan pada pekerja lebih tua, kata Penasihat Khas Dasar Pendidikan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Encik Andreas Schleicher.



Bercakap semasa perbincangan panel di Forum Pendidikan The Straits Times 2022 semalam, beliau berkata Singapura telah menjadi mangsa kejayaannya sendiri kerana lebih cepat orang muda maju dalam pendidikan, lebih ramai pekerja lebih tua ketinggalan.



"Dan itu diperkukuh oleh tumpuan universiti hanya pada golongan muda dan orang lebih tua yang sudah pun berkemahiran tinggi," katanya, sambil menambah bahawa Singapura kini negara dengan jurang kemahiran antara generasi yang paling besar menurut data OECD.



Encik Schleicher juga berkata universiti tempatan perlu memberi lebih banyak perhatian pada golongan yang telah tamat pengajian kerana kumpulan itu masih belum dimanfaatkan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja yang pesat berkembang dalam dunia hari ini.



Warga Singapura perlu sentiasa belajar, meninggalkan pelajaran lalu dan belajar semula jika negara ini mahu melihat peningkatan produktiviti ketara, tambahnya.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam perbincangan di forum yang diadakan dengan kerjasama Universiti Pengurusan Singapura (SMU) itu berkata terdapat rancangan menghasilkan pelan lebih sistematik bagi menyegarkan keseluruhan stok pekerja, dan bukan sekadar menaik taraf latihan untuk golongan berusia 18 hingga 20 tahun sebagai satu aliran.



"Apa yang boleh kita lakukan untuk menggalak pekerja dewasa mengambil pemilikan bagi perjalanan penaikan taraf mereka?



"Seseorang yang telah berumur 40-an tahun perlu sentiasa dinaik taraf kerana walaupun pada usia 40 tahun, mereka mempunyai lagi 20 tahun sebelum memikirkan untuk menjalani kehidupan lebih perlahan," kata Encik Chan.



"Dan ini adalah cabaran paling besar bukan bagi Singapura sahaja bahkan banyak negara lain.



"Terlalu banyak negara, dalam pandangan saya, hanya memberi tumpuan pada bahagian awalnya.



"Tetapi yang menggerakkan bukan hanya bahagial awal tetapi sebenarnya adalah stok kerana jika kita hanya bergantung pada aliran, ia akan mengambil kita masa 20 hingga 30 tahun untuk menyegarkan stok. Jadi kita perlu terus menggerakkan stok," tambah beliau.



Disebabkan itu, Encik Chan berkata Kementerian Pendidikan (MOE) mencabar dirinya untuk menjadi MOE bukan untuk sistem sekolah sahaja, malah MOE seumur hidup yang melakar kurikulum merentas seluruh kitaran hidup dan bukan hanya bagi beberapa belas tahun pertama.



Seorang lagi ahli panel forum itu, Presiden SMU, Profesor Lily Kong, berkata selama ini universiti biasa bekerjasama dengan orang muda dan pedagogi yang diambil sesuai untuk mereka yang berusia dari 18 hingga 20-an tahun.



Tetapi sedang universiti mula bekerjasama dengan penuntut dewasa, timbul kesedaran bahawa pendekatan tradisional yang mengajarkan teori dan asas sebelum memikirkan cara menggunakan ilmu itu tidak akan berkesan.



"Orang tidak mempunyai masa untuk melalui latihan teori dan asas dalam enam minggu pertama sebelum tiba ke penggunaannya.



"Jadi apa yang kita sedar ialah kita perlu memahami bukan pedagogi, tetapi andragogi, iaitu bagaimana kita dapat menyampaikan dalam cara berkesan untuk penuntut dewasa," kata Profesor Kong.



Beliau berkata di SMU, penciptaan program dan penyampaiannya dilakukan bersama rakan kongsi industri kerana rakan kongsi industri lebih tahu apa yang mereka perlukan yang universiti mungkin tidak sediakan.



Profesor Kong turut menekankan pentingnya penuntut dewasa mempunyai peluang mengusahakan projek yang merupakan projek sebenar di tempat kerja mereka, dan bukan projek bersifat teori yang dibayangkan dan diwujudkan.



"Bukan ada pemisahan buatan antara dunia pembelajaran dan dunia amalan. Kedua-duanya disepadukan dengan lancar, dan lebih banyak kita bangunkan pendekatan seperti ini, lebih ramai orang akan bersedia dan melihat nilai dan kerelevanan dalam pembelajaran berterusan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >