Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG perlu terus dekati golongan belia dalam usaha anti dadah

Faishal berkata terdapat tanda-tanda membimbangkan lebih ramai belia punyai pandangan lebih liberal terhadap dadah
Jul 13, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu terus mendekati golongan belia dalam usaha anti dadahnya, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dalam ucapan penutupnya di acara Kempen Rise Above Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) dalam talian baru-baru ini, beliau berkata matlamat menuju ke arah sebuah Singapura yang bebas dadah adalah matlamat yang harus dicita-citakan semua.



Malah, ia kini menjadi lebih berharga dan penting berikutan trend sejagat pendekatan yang semakin terbuka terhadap penyalahgunaan dadah.



Di peringkat setempat, Dr Faishal menambah bahawa terdapat tanda-tanda membimbangkan lebih ramai belia mempunyai pandangan lebih liberal terhadap dadah.



"Terdapat bahaya bahawa belia kita mungkin terpengaruh dengan gambaran dadah dalam media massa yang membiasakan penyalahgunaan dadah.



"Oleh itu, kita mesti meneruskan usaha kita dalam mengulangi mesej anti dadah, disokong dapatan penyelidikan yang boleh dipercayai," kata beliau.



Beliau turut menggesa masyarakat, terutamanya ibu bapa dengan anak remaja, untuk memainkan peranan dengan sentiasa membaca maklumat terkini tentang situasi dan trend dadah.



"Kita boleh bermula dengan mengetahui tentang bahaya dadah. Dengan berbuat demikian, belia boleh mendekati kita untuk mendapatkan bimbingan atau untuk memperbetulkan persepsi mereka yang salah terhadap dadah," kata beliau.



Menurut laporan situasi dadah Biro Narkotik Pusat (CNB), 62 peratus penyalahguna dadah baru yang ditangkap pada tahun lalu didapati bawah usia 30 tahun.



Secara berasingan dalam catatan Facebooknya, Dr Faishal berkata anak-anak muda mudah terpengaruh oleh budaya popular yang tidak menonjolkan kesan bahaya dadah dan juga memaparkan penggunaan dadah sebagai mengikut trend, terutamanya cannabis, juga dikenali sebagai ganja atau marijuana.



Menerusi Kempen Rise Above, Sana menyebarkan mesej mengenai bahaya dadah dan memperbetulkan persepsi salah mengenai sesetengah dadah yang dianggap tidak bahaya.



Usaha mereka itu turut disertai penuntut Politeknik Temasek dan Ketua Rakan Sana, dengan penuntut tersebut menghasilkan poster anti dadah dan mengongsi mesej sokongan terhadap usaha anti dadah itu.



Ketua Rakan Sana pula mengongsi kisah masa lalu mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah, rasa kesal mereka dan bagaimana ia telah menjejas orang tersayang dalam kehidupan mereka.



Dalam catatan Facebooknya itu, Dr Faishal berkongsi tentang kisah seorang Ketua Rakan Sana, Aliff, yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah disebabkan kumpulan kawan yang salah dan tekanan rakan.



"Beliau (Aliff) menasihatkan belia untuk memilih kawan-kawan mereka dengan berhati-hati. Dengan sokongan rakan yang betul, kita dapat mengelakkan dadah.



"Adalah penting bagi kita terus mendidik belia tentang kesan bahaya penyalahgunaan dadah," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >