Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG perlu waspada tak pecah belah bangkit dari pandemik: Lawrence

Kongsi pandangan bagaimana negara dapat tangani fahaman berpuak, politik identiti yang meningkat
Nov 24, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA harus berjaga-jaga agar tidak membenarkan perbezaan memecah belah rakyat sedang ia bangkit semula daripada masa sukar ekoran pandemik, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Ini meskipun beliau akur adalah menjadi sifat semula jadi untuk merasa selamat dalam masyarakat masing-masing dan melihat kepada masyarakat lain sebagai punca tekanan dan kekecewaan.



Encik Wong berkata demikian dalam satu sidang mengenai identiti politik dan fahaman berpuak (tribalism) anjuran Institut Kajian Dasar (IPS) dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), semalam.



Berkongsi pandangan mengenai bagaimana Singapura dapat menangani fahaman berpuak dan politik identiti yang meningkat, Encik Wong antara lain menggalak rakyat agar mengukuhkan hubungan antara manusia dengan meningkatkan norma sosial seperti sifat berbuat baik. Rakyat juga, menurut beliau, harus mengelak daripada menetapkan stereotaip bagi sesetengah kumpulan atau mengandaikan yang setiap masyarakat itu adalah monolitik atau seragam.



Encik Wong akur konflik yang wujud sekian lama di antara identiti nasional dan puak terus "menjadi antara kuasa yang memacu keganasan dalam dan antara negara".



"Fahaman berpuak baru" dalam masyarakat moden pula meliputi pelbagai isu, daripada hak mengundi mahupun vaksinasi, jelas beliau.



Encik Wong menarik perhatian bahawa perang budaya yang bermula di Barat sudah mula mewujudkan bentuk politik identiti baru, menjangkaui isu agama dan bangsa.



"Jika kita tidak berhati-hati, fahaman berpuak baru ini akan berakar dengan mudah di sini dan politik kita akan ditentukan oleh isu identiti baru," ujar beliau sambil merujuk kepada isu seperti identiti jantina.



"Cabarannya ialah untuk menerima dan melakukan yang terbaik untuk menangani keprihatinan yang sahih bagi setiap 'puak', tanpa membenarkan politik kita berdasarkan kepada identiti atau ikrar berpuak sahaja," terang beliau.



Pada masa yang sama, Encik Wong akur politik identiti timbul ekoran perbezaan nyata yang dihadapi dalam kehidupan pelbagai masyarakat dan perbezaan ini tidak boleh diketepikan atau diendahkan.



Beliau memberi contoh kaum Hawa yang terus memikul tanggungjawab tidak seimbang dan kurang diiktiraf di tempat kerja berbanding lelaki dan golongan kurang upaya yang tidak dapat menyertai masyarakat sepenuhnya.



"Ini adalah keprihatinan penting. Kita tidak boleh katakan kepada mereka bahawa keprihatinan mereka itu tidak benar atau dibesar-dibesarkan.



"Jika kita mahu meneruskan etos pengasas Singapura, setiap warga wajar mempunyai tempat dalam masyarakat, tidak kira latar belakang, status atau identiti budaya dan bangsa."



Menurut Encik Wong lagi, masyarakat Singapura kini lebih berpelbagai tetapi juga mempunyai lebih banyak persamaan dan identiti Singapura menjadi lebih kukuh.



"Jadi bagaimana kita dapat mengimbangi permintaan bercanggah kumpulan identiti berbeza sementara mengekalkan masyarakat harmoni dan bersatu padu?" aju beliau.



Dalam hal ini, beberapa pendekatan disarankan Encik Wong - termasuk mengukuhkan hubungan antara manusia, yang perlu dimulakan dengan semangat sikap timbal balik dan hubungan kekeluargaan setiap hari.




"Jika kita tidak berhati-hati, fahaman berpuak baru ini akan berakar dengan mudah di sini dan politik kita akan ditentukan oleh isu identiti baru... Cabarannya ialah untuk menerima dan melakukan yang terbaik untuk menangani keprihatinan yang sahih bagi setiap 'puak', tanpa membenarkan politik kita berdasarkan kepada identiti atau ikrar berpuak sahaja."
- Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.




Laporan lanjut: Usah tanggap melulu, prejudis terhadap sesuatu kaum




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >