Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG sambut Raya esok, M'sia, Indonesia dan Brunei hari ini

May 02, 2022 | 05:30 AM



UMAT Islam Singapura bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.



Tiga negara jiran - Malaysia, Indonesia dan Brunei - pula meraikan 1 Syawal hari ini.



Mengumumkan pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri bagi Singapura dalam satu kenyataan semalam, Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, berkata mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang Ahad.



Justeru, ia tidak mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims)



Ini bererti hari ini adalah hari pencukup Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1443H iaitu Hari Raya Aidilfitri jatuh pada esok, Selasa, 3 Mei 2022.



"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian Muslimin dan Muslimat di Singapura "Selamat Hari Raya Aidilfitri".



"Saya memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan. Semoga Allah swt menerima segala amal kebajikan kita sepanjang Ramadan, dan sentiasa memlihara umat Islam Singapura. Pastikan anda terus berhati-hati ketika beraya nanti," jelas Mufti.



Dalam pada itu, Malaysia, Indonesia dan Brunei menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini.



Di Malaysia, pengumuman dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semalam selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang Ahad.



"...Maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Isnin, 2 Mei 2022," katanya.



Pemerintah Indonesia juga menetapkan 1 Syawal hari ini seperti yang diumumkan Kementerian Agama dalam sidang yang dipimpin Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas.



Brunei juga memutuskan pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri hari ini, lapor Borneo Bulletin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >