Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

#SGUnited Buka Puasa disambut baik, namun dana belum cukup

Masagos: Ramai derma secara ikhlas bagi menampung kos inisiatif, tetapi lebih ramai tampil minta bantuan
Apr 27, 2020 | 05:30 AM



INISIATIF #SGUnited Buka Puasa disambut baik dan sedang berjalan lancar dengan sokongan kuat para sukarelawan dan peniaga Melayu/Islam, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Bagaimanapun, beliau menekankan dana yang diperolehi bagi menampung kos usaha tersebut masih belum mencukupi setelah lebih ramai orang sekarang tampil untuk meminta bantuan.



Dalam satu catatan yang dimuat naik di Facebook semalam, Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, mengongsi perkembangan mengenai usaha itu.



Sejak Jumaat lalu, lebih 15,000 paket makanan diagihkan kepada golongan susah dan pekerja barisan hadapan, termasuk pegawai jagaan kesihatan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis di hospital serta 20 kelab masyarakat di serata Singapura.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) juga telah menghantar 10,200 juadah buka puasa ke 4,000 rumah penerima bantuan kewangan zakat setiap hari.



"Ramai yang telah menderma secara ikhlas untuk menampung kos inisiatif mulia ini," kata Encik Masagos.



"Namun, dana yang diperolehi masih belum mencukupi kerana kini lebih ramai yang tampil meminta bantuan."



Sehingga semalam, hampir $400,000 telah terkumpul.



Sekitar $2 juta lagi diperlukan oleh Yayasan Rahmatan Lil' Alamin (RLAF) bagi menampung kos inisiatif itu. Ini meskipun setelah Muis menyumbang $1 juta.



Inisiatif #SGUnited Buka Puasa menetapkan sasaran $3 juta bagi menampung kos bantuan makanan.



"Saya menyeru agar masyarakat kita menghulurkan dana bagi menyokong inisiatif ini," kata Encik Masagos.



"Marilah kita teruskan amal jariah dan meraih barakah dalam bulan yang suci ini."



Inisiatif #SGUnited Buka Puasa bertujuan membantu golongan susah, pekerja jagaan kesihatan, penerima zakat dan mereka yang terjejas oleh Covid-19.



Ia kerjasama antara Muis, masjid, RLAF, Persatuan Rakyat (PA), inisiatif silang agama Roses Of Peace dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Inisiatif daripada peringkat bawah, atau 'ground up', itu meletakkan sasaran mengagihkan 20,000 paket makanan setiap hari sepanjang Ramadan.



Ia dilancarkan Jumaat lalu, iaitu hari pertama Ramadan, dan akan dijakankan hingga 23 Mei.



Orang awam boleh menghulurkan menderma melalui laman tinyurl.com/bukapuasasg. atau menerusi cek atau secara langsung kepada akaun bank yang disediakan oleh RLAF.




"Ramadan ini bukan seperti biasa. Disebabkan pandemik, tiada solat jemaah (di masjid), dan tiada keramaian berbuka puasa. Tetapi semangat Ramadan masih bersinar dalam bayangan Covid-19. Kehidupan seharian kita terganggu kerana virus ini. Ini khususnya lebih sukar semasa Ramadan. Tetapi saya gembira ini tidak menjejas semangat masyarakat kita."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, menulis mengenai inisiatif Buka Puasa #SGUnited di Facebook semalam. Beliau mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam.



"Saya menyeru agar masyarakat kita menghulurkan dana bagi menyokong inisiatif ini. Marilah kita teruskan amal jariah dan meraih barakah dalam bulan yang suci ini."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >