Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Ada sebab kukuh S'pura punya pendirian tegas tentang salah guna dadah

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mempunyai sebab yang kukuh dalam mempertahankan pendirian yang tegas terhadap penyalahgunaan dan pengedaran dadah, kata Menteri Undang-undang, Encik K. Shanmugam.



Beliau berkata demikian ketika menyentuh tentang kejadian di pusat penjagaan kanak-kanak di Thailand di mana lebih 38 orang terkorban, termasuk kanak-kanak sekecil dua tahun dan juga seorang guru yang sedang hamil.



Bekas pegawai polis yang didakwa melakukan serangan itu, Panya Kamrab, menghadapi tuduhan penyalahgunaan dadah methamphetamine atau 'ice'.



"Jelas bagaimana golongan liberal narkotik serta mereka yang mempertahankan pengedar dadah kini berdiam diri.



"Ada yang mungkin mengharapkan kaitan antara dadah dan keganasan ini tidak akan diendahkan," katanya dalam satu kiriman di Facebook kelmarin.



Beliau turut menambah golongan tersebut juga jelas tidak mengadakan sebarang acara memperingati kanak-kanak yang terkorban itu.



Menyusuli kejadian tersebut, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha telah mengarahkan tindakan tegas terhadap dadah dan menjadikan usaha membanteras dadah ini satu matlamat yang mendesak.



Langkah membanteras dadah itu diambil tiga bulan selepas Thailand membenarkan penggunaan ganja, membuatkannya mudah untuk diperolehi di negara itu, kata Encik Shanmugam.



"Saya ingin tahu bagaimana langkah ini akan berhasil (dalam membanteras dadah), terutama sekali dengan dadah yang amat mudah diperolehi sekarang," ujarnya.



Encik Shanmugam turut memberikan contoh beberapa kejadian tikaman yang berlaku di Canada September lalu, di mana 10 orang terkorban dan 18 cedera.



Katanya, salah seorang pesalah yang tertuduh pernah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan juga alkohol, serta terlibat dalam kumpulan samseng dan pengedaran dadah.



Encik Shanmugam berkata: "Saya perlu menekankan perkara ini - Singapura mempunyai asas kukuh mengapa ia mengekalkan pendirian tegas terhadap penyalahgunaan dan pengedaran dadah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >