Shanmugam: Lihat susunan semula media SPH di sebalik tekanan sejagat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Shanmugam: Lihat susunan semula media SPH di sebalik tekanan sejagat

Turut tekan peri penting kekalkan kepercayaan media, kewartawanan bermutu tinggi
May 09, 2021 | 05:30 AM

SEDANG bilangan pembaca surat khabar di Singapura meningkat, keuntungan telah terjejas kerana model perniagaan lama, yang sangat bergantung kepada pendapatan iklan, tidak lagi berkesan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, semalam.

Tekanan ini dihadapi oleh surat khabar di seluruh dunia, dan telah melihat beberapa tajuk diambil alih oleh jutawan dan yang lain mendapat sokongan pemerintah, tambahnya.

Menteri itu berkata ini adalah konteks di mana rancangan penyusunan semula Singapore Press Holdings (SPH), yang akan melihat perniagaan medianya dipindahkan ke sebuah entiti bukan keuntungan, harus dilihat.

Beliau juga berkata adalah sangat penting untuk media mengekalkan kepercayaan masyarakat, kerana media yang tidak dipercayai akan membawa kepada pemerintah dan kepemimpinan politik yang tidak dipercayai.

"Kita harus mengekalkan kepercayaan dalam semua institusi kita, dan media harus memainkan peranannya dalam memastikan yang ia mengekalkan kepercayaan rakyat," katanya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Bercakap kepada wartawan di sebuah acara kemasyarakatan di kawasan undinya, Encik Shanmugam berkata: "Perniagaan media di kebanyakan negara berada di bawah tekanan. Banyak surat khabar di Eropah, Amerika Syarikat telah ditutup. Banyak lagi telah disusun semula, termasuk beberapa surat khabar antarabangsa yang terkenal."

Beliau memberi contoh Chicago Tribune dan Denver Post, yang kedua-duanya perlu diselamatkan daripada jatuh muflis.

Yang lain, termasuk Washington Post dan South China Morning Post di Hong Kong, telah diambil alih oleh jutawan seperti Encik Jeff Bezos dari Amerika dan Encik Jack Ma dari China.

Dan pemerintah banyak negara - termasuk Perancis dan Australia - juga memberi sokongan kewangan kepada surat khabar, seperti Le Monde Perancis, kadang kala berjumlah ratusan juta euro.

"Mereka semua membantu media mereka," kata Encik Shanmugam. "Anda tidak punya pilihan jika anda mahukan kewartawanan bermutu tinggi."

Dalam kes Singapura, surat khabar SPH - yang merangkumi The Straits Times dan Lianhe Zaobao - telah melakukan "sangat baik" daripada segi jumlah pembaca.

"Jumlah pembaca telah meningkat, tetapi pada masa yang sama, keuntungan telah turun, menderita," tambahnya. "Pendapatan iklan menjunam. Model perniagaan lama tidak berkesan."

Menteri itu juga bercakap tentang pentingnya kepercayaan terhadap media, dengan berkata tinjauan bebas seperti Edelman Trust Barometer telah menunjukkan Singapura berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada negara maju lain - termasuk Amerika, United Kingdom (UK) dan Jepun - berkenaan topik ini.

Sekitar 62 peratus responden di Singapura mempercayai media untuk melakukan perkara yang betul, berbanding purata global sekitar 51 peratus.

Satu tinjauan tahun lalu oleh YouGov juga mendapati tujuh dalam 10 orang di sini mempercayai laporan media tempatan mengenai Covid-19, berbanding tiga dalam 10 orang di UK.

"Sekiranya media tidak dipercayai, itu pasti akan menyebabkan pemerintah dan kepemimpinan politik tidak dipercayai. Kemudian, kita semua habis jika itu berlaku," kata Encik Shanmugam.


CEO SPH MOHON MAAF

''Saya telah mempertahankan kewibawaan kewartawanan SPH Media yang kita perjuangkan sejak sekian lama dan akan terus melakukannya. Sifat saya ialah seorang yang bercakap secara terus-terang, dan saya memohon maaf sekiranya saya telah menyinggung mana-mana pihak dan kesal apa yang berlaku telah mengalihkan tumpuan daripada manfaat penyusunan semula yang disaran.''
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Singapore Press Holdings (SPH), Encik Ng Yat Chung


Shanmugam kongsi pandangan tentang komen CEO SPH

MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mengongsi pandangannya tentang komen ketua eksekutif Singapore Press Holdings Ltd (SPH), Encik Ng Yat Chung, di sidang media bagi mengumumkan langkah penyusunan semula kumpulan media itu, yang telah mencetuskan kekecohan dalam talian.

Encik Ng telah memberitahu wartawan yang mengajukan pertanyaan, bahawa beliau tersinggung dengan soalannya, dan video komennya itu menjadi tular.

Wartawan tersebut, dari CNA Digital Mediacorp, telah bertanya apakah SPH "kini akan beralih untuk menekankan integriti editorial, misalnya, di hadapan kepentingan pengiklan".

"Kedua-dua wartawan yang mengajukan soalan itu, dan editornya, Walter (Fernandez), tahu bahawa mengambil wang daripada pengiklan tidak secara automatik bermakna kebebasan terjejas," kata Encik Shanmugam.

"Sekiranya demikian, kebanyakan surat khabar di dunia tidak akan dianggap bebas kerana kebanyakan akhbar, malah, bergantung sepenuhnya kepada iklan."

Beliau menambah soalan itu walaubagaimanapun tetap wajar, memandangkan wartawan akan prihatin tentang kebebasan mereka.

"Reaksi Encik Ng, dan cara beliau menjawab soalan itu, saya rasa sangat malang," kata menteri itu.

"Kemarahannya boleh digambarkan dalam istilah yang lebih keras, tetapi saya mahu berhati-hati dan terkawal , kerana SPH adalah sebuah syarikat tersenarai, dengan pemegang saham, pengurusan, dan saya perlu berhati-hati."

Secara berasingan, Encik Ng mengeluarkan kenyataan maaf mengenai perkara itu semalam.

Beliau memberitahu The Straits Times:

"Saya telah mempertahankan kewibawaan kewartawanan SPH Media yang kita perjuangkan sejak sekian lama dan akan terus melakukannya.

"Sifat saya ialah seorang yang bercakap secara terus-terang, dan saya memohon maaf sekiranya saya telah menyinggung mana-mana pihak dan kesal apa yang berlaku telah mengalihkan tumpuan daripada manfaat penyusunan semula yang disaran,"

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map