Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN MENTERI K. SHANMUGAM

Shanmugam: Masagos beri petanda empati, fleksibiliti pemerintah

Mar 24, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menjelaskan pendirian pemerintah berhubung isu tudung dalam satu dialog bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di Masjid Khadijah semalam.



Dalam dialog itu, beliau menjawab soalan pengerusi bersama RRG, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, mengenai isu tudung dan jururawat.



Berikut jawapan penuh Encik Shanmugam:



"Menteri Masagos (Zulkifli Masagos Mohamad ) dan Menteri Maliki (Osman) berucap tentang (isu tudung) di Parlimen.



Menteri Masagos berkata pemerintah bersikap empati terhadap jururawat yang ingin memakai tudung.



Dan isu ini sedang dibincangkan dengan masyarakat dan pihak lain, dalam sesi tertutup.



Itu benar. Perbincangan sedang dijalankan.



Ustaz Hasbi, saya bertemu anda, pegawai Pergas, Ustaz Ali (Mohamed), Ustaz Pasuni (Maulan) pada 31 Ogos tahun lalu - enam bulan lalu, dalam sesi tertutup di tempat sama, Masjid Khadijah.



Anda tanya saya mengenai jururawat yang pakai tudung.



Saya beritahu anda secara terus terang: Kami boleh lihat ada alasan baik jururawat harus dibenarkan memakai tudung jika mereka memilih untuk berbuat demikian.



Saya berkata ini sedang dibincangkan secara dalaman. Setelah itu, pandangan kami ialah - mungkin akan ada perubahan. Kami sedang berunding dengan masyarakat sebelum kami membuat perubahan.



Itulah pandangan pemerintah.



Kami juga telah membincangkan dengan Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), dan menimbangkan pandangan Muis, yang amat berguna.



Saya juga telah berbincang secara privet dengan anda, Ustaz Ali dan Ustaz Pasuni.



Kami berbincang tentang wanita yang pakai tudung, dalam banyak jabatan pemerintah; dalam kebanyakan bahagian sektor penjagaan kesihatan.



Presiden kita memakai tudung. Ramai pegawai yang bekerja bersama saya memakai tudung.



Di Parlimen, Anggota Parlimen memakai tudung.



Saya juga berkata jika anda melihat perkara itu - jururawat memakai tudung - dengan sendirinya. Ia tidak akan menjadi satu isu. Peraturan mungkin telah diubah dari dahulu.



Tetapi ia juga berkait dengan faktor lain. Oleh itu, kita perlu membuat pertimbangan berhati-hati.



Saya menerangkan apa maksud saya, dan kami perlu menimbangkan pelbagai pertimbangan itu dan mencapai satu keputusan.



Kita telah berbincang secara jujur, di belakang tabir.



Secara privet saya boleh berkongsi secara berterus terang pendirian kami, serta sensitiviti dan kesukaran yang menjadi kebimbangan kami.



Sebagaimana kita telah berbincang secara privet dengan RRG mengenai banyak perkara, isu keagamaan, pengganasan, isu lain, dan juga isu tudung.



Di peringkat awam, kita berhati-hati mengenai bagaimana ini dibincangkan.



Mengenai tudung, Menteri Masagos berkata di Parlimen pemerintah bersikap empati, dan perkara ini masih dibincangkan.



Apakah maksud beliau, apabila beliau berkata pemerintah bersikap empati? Ia bermakna kami memahami perasaan mereka yang mahu jururawat dibenarkan memakai tudung.



Ia memberi petanda tentang fleksibiliti. Beliau tidak berkata 'tidak boleh'.



Malangnya, banyak salah faham timbul daripada apa yang diperkatakan Menteri Masagos dan Menteri Maliki.



Petanda paling jelas mengenai kedudukan kami ialah apa yang saya katakan kepada anda enam bulan lalu.



Saya dan Menteri Masagos kedua-duanya menyatakan pendirian pemerintah. Namun, kerana beliau berucap di Parlimen, di ruang awam, apa yang beliau sampaikan haruslah bersifat umum, manakala saya dapat berterus terang dengan anda secara peribadi.



Seperti yang saya katakan, perbincangan dengan masyarakat masih berjalan, dan akan mengambil masa beberapa bulan lagi.



Perdana Menteri (Lee Hsien Loong) juga akan menemui pemimpin masyarakat Islam.



Apabila perbincangan itu telah selesai, pemerintah akan mengumumkan keputusannya."




MASAGOS TIDAK KATA 'TIDAK BOLEH'



"Mengenai tudung, Menteri Masagos berkata di Parlimen pemerintah bersikap empati, dan perkara ini masih dibincangkan. Apakah maksud beliau apabila beliau berkata pemerintah bersikap empati? Ia bermakna kami memahami perasaan mereka yang mahu jururawat dibenarkan memakai tudung. Ia memberi petanda tentang fleksibiliti. Beliau tidak mengatakan 'tidak boleh'. Malangnya, banyak salah faham timbul daripada apa yang diperkatakan Menteri Masagos dan Menteri Maliki."
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >