Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES LEE HSIEN YANG, LEE SUET FERN

Shanmugam perjelas sebab nama didedah dalam siasatan

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



AGENSI penguatkuasaan undang-undang secara umumnya tidak mendedahkan nama mereka yang telah atau sedang disiasat, kecuali dalam beberapa kes.



Antara contohnya ialah apabila individu melarikan diri, meninggalkan bidang kuasa apabila siasatan sedang dijalankan, atau fakta yang membentuk kesalahan yang didakwa dan individu yang berkaitan dengannya sudah diketahui secara awam.



Siasatan terhadap Encik Lee Hsien Yang dan Cik Lee Suet Fern, memenuhi beberapa kriteria ini, yang membezakannya daripada kes Keppel Offshore & Marine (O&M) baru-baru ini, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada Isnin.



Encik Shanmugam berkata demikian di Parlimen bagi menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, tentang mengapa nama Encik Lee dan Cik Lee didedahkan apabila disiasat sedangkan nama enam bekas kakitangan pengurusan Keppel O&M tidak didedahkan secara awam serta soalan anggota Parti Pekerja, Encik Leon Perera (GRC Aljunied) tentang dalam keadaan apa agensi akan mendedahkan nama individu yang disiasat serta langkah yang diambil untuk memastikan ia tidak menjejas siasatan atau individu berkenaan.



Shanmugam: Dapatan mengenai Hsien Yang, Suet Fern diketahui awam



Dalam kes Encik Lee dan Cik Lee, Encik Shanmugam berkata mereka tidak bekerjasama dengan siasatan polis, setelah mengatakan bahawa mereka akan berbuat demikian. Sebaliknya, mereka telah melarikan diri.



Encik Shanmugam menggambarkan persamaan hal ini dengan kes pasangan Pi Jia Peng dan Pansuk Siriwipa yang terlibat dalam siri kes penipuan yang didakwa berkenaan barangan mewah.



Ketika siasatan dijalankan pada 2022, mereka meninggalkan Singapura dan polis mendedahkan butiran mereka.



Encik Shanmugam menambah bahawa apabila terdapat kepentingan awam, dan fakta yang membentuk kesalahan yang didakwa serta individu itu sudah pun dikenali secara awam, polis juga telah mendedahkan siasatan mereka secara awam.



Beliau menukil contoh apabila Encik Karl Liew disiasat polis kerana memberi bukti palsu, berdasarkan pemerhatian Mahkamah Tinggi, dalam kes yang melibatkan bekas pembantu keluarganya, Cik Parti Liyani.



Kes Encik Lee dan Cik Lee mempunyai persamaan dengan dua contoh tersebut, kata Encik Shanmugam.



Terdapat pelbagai situasi di mana ia menjadi keperluan untuk mendedahkan fakta secara awam bahawa seseorang itu di bawah siasatan, atau telah diberkas, atau sedang membantu dalam siasatan.



"Kita perlu menilai faktanya, dan kepentingan awam yang terlibat," ujarnya.



Perbincangan berkenaan 38 Oxley Road, kediaman perdana menteri pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, merupakan kepentingan awam yang besar, katanya.



Encik Shanmugam berkata bahawa Tribunal Tatatertib dan Mahkamah Tiga Hakim mendapati bahawa Encik Lee dan Cik Lee telah menipu di bawah sumpah.



Tribunal Tatatertib pada dasarnya berkata Encik Lee dan Cik Lee telah bergabung untuk memperdaya dan menipu mendiang Encik Lee Kuan Yew.



Encik Shanmugam menambah bahawa dapatan mengenai pasangan itu merupakan rekod yang diketahui orang awam.



"Mereka telah didapati tidak jujur, dan lebih daripada itu. Semua itu adalah (maklumat) awam. Mereka juga pada dasarnya telah melarikan diri daripada bidang kuasa. Kami mengambil serius perkara ini. Dan fakta-fakta itu telah didedahkan, supaya Dewan ini boleh mempunyai gambaran yang penuh dan lengkap, apabila soalan telah ditanya yang berkaitan dengan kelakuan mereka," katanya.



Encik Shanmugam menambah bahawa terdapat kes lain di mana nama telah di dedahkan, namun ini adalah pengecualian kepada peraturan umum.



Menukil kes Encik Liew, beliau berkata: "...Apakah prejudis terhadapnya? Dalam kes Encik Karl Liew, Mahkamah Tinggi telah berpandangan bahawa dia tidak bercakap benar. Prejudis terhadapnya, dalam mendedahkan bahawa dia sedang di bawah siasatan bagi dapatan menipu itu, adalah kecil jika ada, dan perlu ditimbangkan dengan kepentingan awam yang dipertaruhkan, dalam mendedahkan fakta apabila hal itu dibincangkan di Parlimen.



"Ini adalah sama bagi Encik Lee Hsien Yang dan Cik Lee Suet Fern."



Bagi kes Keppel O&M, Encik Shanmugam berbeza ia agak berbeza.



Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) telah menjalankan siasatan teliti dan telah menilai bukti bersama Pejabat Peguam Negara (AGC), kata Encik Shanmugam.



Beliau berkata CPIB dan AGC tidak dapat mengekalkan sebarang dakwaan dalam mahkamah, kerana kelakuan itu telah berlaku di luar negara, saksi utama tidak tersedia, dan dokumen utama tidak ada.



Tidak ada pengakuan yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan bukti.



"Dalam keadaan ini, dasar umum untuk tidak mendedahkan nama individu yang di bawah siasatan dilaksanakan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >