Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: KES PARTI LIYANI

Shanmugam: Perlu asas kukuh tubuh Suruhanjaya Siasatan

Nov 05, 2020 | 05:30 AM



SURUHANJAYA siasatan boleh ditubuhkan untuk menyiasat lebih lanjut kes bekas pembantu rumah, Cik Parti Liyani, tetapi hanya dengan asas yang kukuh.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam berkata beliau juga bersedia menyarankan kepada Kabinet untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan itu dengan asas tersebut.



Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, yang mengusul membentuk sebuah jawatankuasa siasatan (COI) untuk menyiasat kelakuan polis dan Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung kes tersebut, menyusuli kenyataan menteri yang disampaikan Encik Shanmugam semalam.



Bagaimanapun, Encik Shanmugam berkata COI tidak boleh dibentuk di bawah undang-undang.



Ini kerana di bawah undang-undang, seorang menteri boleh melantik COI bagi tujuan tertentu termasuk untuk menyiasat kemalangan yang menyebabkan atau melibatkan kematian, kecederaan serius atau kerosakan harta benda yang serius serta kejadian yang boleh membahayakan keselamatan atau kesihatan awam.



COI juga boleh dilantik untuk menyiasat kelakuan kementerian, jabatan atau badan berkanun di bawah menteri itu serta kelakuan pegawai yang berkhidmat di atau dipinjamkan ke kementerian, jabatan atau badan berkanun itu.



"Ini jelas... menunjukkan bahawa saya tidak mempunyai kuasa melantik COI berhubung AGC kerana agensi itu tidak lapor kepada saya," ujar Encik Shanmugam.



Namun sekiranya Encik Leong inginkan hal ini disiasat lagi, beliau berkata sebuah suruhanjaya siasatan boleh ditubuhkan.



Bagaimanapun, beliau meminta Encik Leong menjelaskan apa yang beliau inginkan suruhanjaya itu siasat.



Encik Shanmugam berkata beliau menganggap Encik Leong masih prihatin tentang sama ada terdapat pengaruh tidak wajar oleh bekas majikan Cik Parti, Encik Liew Mun Leong dan keluarganya atau bagi pihak mereka pada polis atau AGC.



"Pegawai yang terlibat daripada AGC dan polis telah mengesahkan bahawa tiada tekanan yang tidak wajar terlibat dalam kes ini.



"Kes ini dikendali sebagai kes curi rutin. Saya telah membentangkan... apa yang berlaku dan ini menunjukkan bahawa ini satu kes prima facie yang boleh didakwa," ujarnya.



Encik Shanmugam juga menarik perhatian tribunal disiplin yang akan menyiasat aduan terhadap pegawai AGC yang terlibat.



"Sebelum kita menubuhkan Suruhanjaya Siasatan ini, yang merupakan satu hal serius, akan menggunakan banyak sumber dan memakan banyak masa... (Encik Leong) harus menjelaskan apa yang terus membuatnya percaya secara munasabah bahawa pengaruh yang tidak wajar telah digunakan oleh keluarga Liew," katanya.



Beberapa AP lain turut mengutarakan beberapa soalan termasuk Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten) dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



Menjawab soalan Encik Zhulkarnain tentang saranan menggunakan video untuk merakam kenyataan tertuduh, Encik Shanmugam berkata terdapat faedah menggunakan cara tersebut, tetapi perlaksanaannya boleh menimbulkan cabaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >