Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Rangka kerja antipengubahan wang haram S’pura menyeluruh

Sep 10, 2023 | 08:33 PM



Singapura sebagai sebuah negara telah cuba mewujudkan rangka kerja antipengubahan wang haram yang teguh dan menyeluruh, termasuk mengambil amalan terbaik antarabangsa, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Pendekatan tegas ini diambil Singapura supaya sebagai hab kewangan terkemuka, ia dapat memastikan orang ramai tidak menyalahgunakan sistem kewangannya dan menjadikannya tempat untuk melabur wang haram, tambah beliau.

Encik Shanmugam berkata demikian apabila ditanya akhbar Lianhe Zaobao, untuk mengulas cara menangani kes pengubahan wang haram bernilai $1.8 bilion melibatkan warga China yang sedang didakwa di mahkamah, baru-baru ini.


Beliau berkata:

“Kita terpaksa bertindak sangat tegas untuk memastikan orang ramai tidak menyalahgunakan sistem kewangan kita, atau menggunakan Singapura sebagai tempat untuk melabur wang haram. 

“Kita perlu mempertahankan reputasi kita sebagai tempat yang mempunyai peraturan yang dipercayai dan munasabah, tadbir urus yang baik, undang-undang yang kukuh.”

Encik Shanmugam berkata bahawa kes pengubahan wang haram $1.8 bilion itu adalah antara yang terbesar dalam sejarah Singapura. 

Lebih 400 penyiasat terlibat untuk menahan 10 orang dalam sehari. 

Kes itu melibatkan rangkaian jenayah yang besar dan nilai keseluruhan aset yang dirampas adalah hampir $1.8 bilion.

Jumlah itu dijangka meningkat, menurut beliau.

Dalam menangani kes sebegini, Encik Shanmugam berkata institusi kewangan seperti Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan bank memainkan peranan penting sebagai barisan pertama kewaspadaan.

Ini kemudian diikuti dengan tindakan yang dikuatkuasakan pasukan polis dan pasukan Home Team jika ada kesalahan yang berlaku.

“Ia benar-benar usaha gabungan dengan industri (kewangan)...Dan undang-undang kami mewajibkan sesiapa sahaja – termasuk jurubank, pemaju hartanah – untuk melaporkan transaksi yang mencurigakan.

“Apa yang boleh saya katakan ialah kami mempunyai mekanisme yang teguh, rangka kerja yang teguh, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” kata Encik Shanmugam.

Beliau juga menafikan spekulasi awam bahawa Menteri Ehwal Luar China, Encik Wang Yi meminta bantuan dalam menangkap individu yang terlibat dalam kes pengubahan wang haram $1.8 bilion.

Encik Wang mengadakan lawatan ke Singapura selama dua hari pada 10 Ogos.

Seramai 10 suspek kes itu telah ditangkap pada 15 Ogos.

Sesetengah orang membuat spekulasi sama ada Encik Wang meminta bantuan dari Singapura untuk menangkap mereka.

Encik Shanmugam menegaskan bahawa “sebarang cadangan sedemikian adalah tidak masuk akal”.

Katanya lagi:

“Tiada kaitan langsung antara lawatan Menteri Ehwal Luar (China) dengan penahanan ini.

“Pertama, mereka yang kenal Singapura akan tahu kami tidak tunduk kepada tekanan seperti itu dari mana-mana negara. Hanya kerana sebuah negara berkata tahan individu ini dan itu tidak bermakna kita bertindak menahan. Ia mesti kerana perbuatan haram di Singapura.”

Selagi insiden itu sendiri menyalahi undang-undang di Singapura dan telah berlaku, pihak berkuasa akan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira apa yang orang lain katakan, tambah Encik Shanmugam.

Beliau juga berkata bahawa siasatan pihak berkuasa terhadap kes pengubahan wang haram $1.8 bilion telah berlangsung selama beberapa bulan, termasuk menyiasat 10 orang yang didakwa, menentukan aktiviti haram tempatan mereka, dan mengesan sumber dan aset pengubahan wang haram yang begitu besar.

Proses ini adalah mustahil untuk dikesan dalam masa beberapa hari atau minggu, tambah Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >