Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes ubah wang haram berbilion dolar: Suspek dikatakan terlibat dengan sindiket judi

Aug 23, 2023 | 08:13 PM



Beberapa warga asing yang ditahan dalam satu operasi antipengubahan wang haram terbesar di Singapura baru-baru ini dikatakan ada kaitan dengan individu yang sedang disiasat di China melibatkan aktiviti perjudian haram, lapor The Straits Times.


Vang Shuiming, yang menghadapi tuduhan pemalsuan di sini, dikatakan sekutu terkenal dengan lapan individu yang melarikan diri daripada pihak berkuasa di China, yang telah membongkar sindiket perjudian haram pada Mei 2022.

Lapan yang melarikan diri – Wang Shuiting, Shi Wenhui, Wang Zhiqiang, Jia Xueliang, Wang Jinwang, Wang Zaiyuan, Su Weijie dan Huang Yijiao – telah digesa pulang bagi membantu siasatan penangkapan 131 orang di China dan lebih 10 juta yuan ($1.9 juta) dirampas.

Vang, yang juga dikenali sebagai Wang Shuiming, 42 tahun, adalah warga Turkey. Dia antara sembilan lelaki dan seorang wanita, berusia 31 hingga 44 tahun, yang ditangkap di Singapura dalam operasi seluruh pulau melibatkan lebih 400 pegawai.

Individu kedua yang ditahan di sini – Wang Baosen, 31 tahun – dikatakan ada kaitan dengan Wang Bingang, 34 tahun, dan Wang Cailin, 36 tahun.

Menurut laporan media, tiga warga China itu telah disiasat oleh pihak berkuasa China atas peranan mereka dalam mengendalikan tapak perjudian haram.

Baosen, yang ditahan reman di sini dan menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram, dikatakan menganggotai kumpulan yang sama dengan Bingang dan Cailin.

Media China, Shi Chang Xin Bao, melaporkan pada 2013 bahawa Bingang dan Cailin berusia 20-an apabila mereka melancarkan laman web perjudian yang menawarkan permainan seperti blackjack dan bakarat serta menyediakan perkhidmatan pertaruhan sukan dan e-sukan.


Perniagaan mereka berkembang pesat dan pada 2014, mereka memindahkan operasi ke bandar Bavet, di Kemboja, berhampiran sempadan dengan Vietnam.

Tidak lama selepas mereka melancarkan laman web Hongli300, kumpulan itu mengembangkan pasukan mereka secara agresif, mengupah dan merekrut orang etnik Cina untuk mengisi peranan dalam reka bentuk grafik, perkhidmatan pelanggan dan pengurusan kewangan.


Media di China menyatakan Bingang dan Cailin turut merekrut ahli keluarga dan menggunakan akaun bank mereka untuk menyimpan dana haram yang diperoleh melalui laman perjudian haram itu.


Menurut laporan, individu lain yang terlibat dalam operasi itu termasuk Xie Juxiang, Wang Jin, Liao Haican, Tang Li, Huang Jinfeng, Sun Xinzhao, Chen Jianqiang dan Wang Chaolan, yang merupakan kakak kepada Cailin.


Tapak perjudian haram Bingang dan Cailin telah ditutup sekitar Oktober 2014. Ia menghasilkan kira-kira 980 juta yuan dalam pelbagai transaksi pada masa itu.

Pada 2015, mahkamah daerah di China mendenda dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada dua lelaki itu kerana menjalankan tapak haram tersebut. Beberapa lagi ahli kumpulan itu turut dipenjarakan.

Baosen juga telah disiasat dalam siasatan yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >