Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0


ISU SEWA BANGLO RIDOUT ROAD

Shanmugam sewa banglo sebelum rumah keluarganya dijual

Tidak raih keuntungan daripada sewa
Jul 03, 2023 | 07:18 PM



Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata sebagai anggota pemerintah, adalah penting baginya dipertanggungjawabkan oleh rakyat Singapura, dan dirinya didedahkan kepada penelitian.

Bercakap di Parlimen pada Isnin semasa menyampaikan kenyataan menteri berkaitan penyewaan dua banglo di Ridout Road, yang melibatkan dirinya dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, Encik Shanmugam berkata beliau menyewa salah satu banglo itu kerana rumah keluarganya sedang dijual.

Sementara itu, Encik Shanmugam berkata sekiranya Penguasa Tanah Singapura (SLA) ingin mendapatkan kembali tambahan tanah, beliau “gembira untuk melepaskannya dan beliau gembira untuk kekalkannya jika SLA setuju”.

“Saya menyewa rumah ini kerana saya ambil keputusan untuk jual rumah keluarga saya, yang telah saya tinggal sebelum Jun 2018.

“Pada 2016, saya menghampiri usia 60-an tahun. Saya semak kewangan saya dan menyedari bahawa terlalu banyak simpanan saya terikat dengan rumah keluarga saya.

“Saya telah membeli rumah itu menggunakan pendapatan masa lalu saya sebagai peguam, sebelum saya jadi menteri.

“Semasa saya beli rumah untuk keluarga, saya jangkakan pendapatan masa depan berdasarkan pendapatan saya dalam sektor privet.

“Selepas jadi seorang menteri, pendapatan saya berubah, dan saya dapati terlalu banyak simpanan saya terikat pada sebuah rumah.

“Saya dinasihatkan bahawa adalah tidak wajar untuk menempatkan kebanyakan simpanan dalam satu aset. Maka saya ambil keputusan untuk jual rumah keluarga saya,” katanya.

Encik Shanmugam berkata demikian di Parlimen sebagai penjelasan berkaitan sewa hartanah negara oleh beliau serta Dr Balakrishnan – masing-masing di 26 dan 31 Ridout Road.

Encik Shanmugam berkata beliau dinasihatkan ejen hartanahnya bahawa sewa sebanyak $25,000 sebulan adalah tawaran adil, berdasarkan kadar sewa hartanah serupa di kawasan tersebut. Maka beliau menawarkan sewa sebanyak $25,000.

Beliau menambah SLA kemudian menawarkan sewa sebanyak $26,500 yang diterimanya tanpa perbincangan lanjut.

Memberikan penjelasan tentang saiz tanah banglo tersebut, Encik Shanmugam berkata beliau enggan tambahan tanah seluas 150,000 kaki persegi, yang kini menjadi sebahagian daripada pajakan tersebut.

“Saya tawarkan untuk menyelenggara bahagian tanah di luar sempadan rumah saya, menggunakan kosnya sendiri. Kerana jika tanah luar itu tidak diselenggara dengan baik, maka akan timbul masalah buat saya.

“Tapi saya tidak mahu tanah itu sebagai sebahagian daripada pajakan itu,” katanya.

Lantas tanah tambahan seluas 150,000 kaki persegi itu bermakna tambahan dari sudut undang-undang, kata Encik Shanmugam.

Namun, SLA tetap pada pendiriannya bahawa jika beliau ingin kekalkan tanah di sekitaran rumah yang disewanya, tanah tersebut perlu jadi sebahagian daripada pajakan itu.

“Saya tidak mahu berbincang, dan setuju dengan hal itu.

“Sehingga kini jika SLA setuju ambil balik tanah tambahan itu – lebih daripada 60 peratus daripada keseluruhannya – saya gembira untuk melepaskannya.

“Dan saya gembira untuk kekalkannya jika SLA bersetuju,” tambahnya.

Encik Shanmugam mendedahkan beliau membelanjakan lebih daripada $500,000 untuk kerja pembaikan, termasuk membayar bagi tempat meletak kereta dan menanam banyak pokok.

“Semua belanja yang saya keluarkan, saya tahu yang saya tidak akan dapat memanfaatkannya selepas tempoh pajakan saya tamat – semuanya akan dikembalikan kepada negara.

“Itulah yang dilalui seseorang yang menyewa banglo hitam putih, dan saya juga sedar,” jelasnya .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >