Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: S'pura tidak boleh buat pengecualian bagi warga M'sia yang dihukum mati, boleh lemah keyakinan terhadap undang-undang setempat

May 24, 2019 | 03:20 PM



SINGAPURA tidak akan mengalah dengan permintaan Malaysia untuk mengecualikan warga Malaysia daripada hukuman gantung jika mereka ditangkap di Singapura atas kesalahan mereka. 



Ini akan mengurangkan keberkesanan pelaksanaan undang-undang di sini, menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam sewaktu berucap di Seminar Pelan Kerja Biro Narkotik Pusat (CNB) yang berlangsung di Akademi Home Team pagi ini.



Encik Shanmugam berkongsi bahawa sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan Malaysia kira-kira setahun lalu, Singapura telah menerima tiga permintaan untuk menghentikan hukuman gantung yang dikenakan ke atas warga Malaysia, dan dua daripadanya adalah disebabkan pengedaran dadah.

“Biar saya terus terang. Tidak mungkin kami akan melakukan demikian walau sebanyak mana permintaan yang kami terima,” katanya.



Beliau turut merujuk kepada kes warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman, 31 tahun, yang dihukum gantung baru-baru ini akibat mengedar dadah.



Encik Shanmugam berkata bahawa jumlah heroin yang dibawa masuk lelaki itu seperti 4,000 batang straw heroin yang boleh “menyuap” ratusan orang selama seminggu.



“Orang seperti itu seolah-olah 'berniaga' dengan maut (dealer in death), tiada keraguannya”, katanya.

Encik Shanmugam mendedahkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Malaysia, Datuk Liew Vui Keong telah menghubungi pemerintah Singapura mengenai kes ini.



Beliau akan menulis respons dengan lebih terperinci kepada Malaysia setelah kes pengedar dadah Malaysia ini sudah diselesaikan.

“Pemerintah Pakatan Harapan – khususnya beberapa menteri – secara ideologi menentang hukuman mati, dan kami perlu hormat keputusan mereka. Pada masa yang sama, kami melaksanakan hukuman mati di Singapura dan saya harap Malaysia akan hormat kedudukan kami juga,” ujarnya.



Sewaktu berucap di seminar tersebut, Encik Shanmugam mendedahkan bahawa tahun lalu, hampir 30 peratus pengedar dadah yang ditangkap adalah warga Malaysia, dan hampir 30 peratus jumlah heroin yang dibawa masuk ke dalam Singapura, dilakukan oleh warga Malaysia. 

Satu dalam lima pengedar dadah yang membawa masuk dadah sehingga boleh dikenakan hukuman mati adalah warga Malaysia.



“Bagaimana kami ingin mengambil tindakan ringan terhadap warga Malaysia apabila berhadapan dengan perangkaan sebegini? Jika kami lakukan demikian, apakah maknanya bagi undang-undang? Ia akan jadi bahan lawak (joke) jika kami ambil tindakan ringan sejurus sahaja ada permintaan,” jelas Encik Shanmugam.



Encik Shanmugam menyarankan bahawa Malaysia perlu mengatasi pucuk pangkal masalah itu, pada masa yang sama, bekerjasama dengan Singapura.



“Kami tangkap ramai warga Malaysia di sempadan kami. Ia juga baik jika Malaysia dapat berkongsi dengan kami berapa ramai yang mereka tangkap,” kata Encik Shanmugam yang akan mengajukan pertanyaan tersebut dalam tulisannya kepada Datuk Liew.



Beliau menambah bahawa jika Malaysia dapat memastikan pengedar dadah ditangkap sebelum mereka tiba di Singapura, ia akan membantu kededua Malaysia dan Singapura.



Merujuk kepada kumpulan ini, beliau berkata mereka kebanyakannya miskin, kurang berpelajaran, dan berbangsa India.

Beliau berkongsi ia akan membantu jika Malaysia cuba memperbaiki situasi dan mengatasi masalah yang dihadapi kumpulan ini.

Tekannya lagi: “Meminta Singapura untuk tidak menjalankan penalti yang dijatuhkan Mahkamah sama sekali tidak boleh dilakukan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >