Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam, Vivian akan saman Hsien Yang jika tidak mohon maaf

Jul 27, 2023 | 07:40 PM



Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan akan menyaman Encik Lee Hsien Yang jika beliau tidak meminta maaf kerana membuat dakwaan palsu.

Pada petang Khamis, Encik Shanmugam berkata dalam catatan Facebooknya bahawa beliau dan Dr Balakrishnan telah menghantar surat peguam kepada Encik Lee pada Khamis.

“Lee Hsien Yang telah menuduh kami bersikap tidak amanah dan untuk kepentingan peribadi dengan meminta Penguasa Tanah Singapura (SLA) memberi kami layanan istimewa dengan menebang pokok secara haram tanpa kelulusan, dan membayar SLA bagi kerja pengubahsuaian di 26 dan 31 Ridout Road.

“Dakwaan ini adalah palsu,” kata Encik Shanmugam dalam catatan Facebook tersebut.

Encik Shanmugam berkata beliau dan Dr Balakrishanan telah meminta Encik Lee supaya memohon maaf, menarik balik dakwaannya dan membayar ganti rugi, yang akan didermakan kepada badan amal.

“Jika beliau (Encik Lee) tidak berbuat demikian, kami akan menyamannya,” tambah Encik Shanmugam.

Pada Selasa, Encik Lee - anak bongsu perdana menteri pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, yang juga adik kepada Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong - diminta mengeluarkan notis pembetulan pada catatan Facebook yang dibuatnya pada Ahad.

Catatan Facebooknya itu mengulas mengenai insiden Ridout Road.

Beliau diberi arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma), undang-undang berita palsu Singapura.

Arahan itu dibuat Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong.

Pada Selasa, satu kenyataan media daripada Kementerian Undang-Undang berkata bahawa terdapat tiga kenyataan tidak benar pada catatan Facebook Encik Lee pada Ahad lalu.

Kenyataan pertama adalah Singapura telah membiayai kerja pengubahsuaian 26 dan 31 Ridout Road kerana hartanah itu disewa Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Kenyataan kedua Encik Lee pula adalah pokok di kedua-dua hartanah boleh ditebang kerana hartanah tersebut telah disewa oleh kedua-dua menteri. Ketiga, beliau juga mendakwa SPH Media Trust telah meningkatkan jumlah edarannya secara palsu.

Encik Lee mengeluarkan notis pembetulan pada malam Selasa, tetapi membuat catatan baru yang menggelarkan notis Pofma itu mengelirukan dan beliau tetap dengan apa yang beliau katakan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee yang juga Penolong Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), telah menulis satu rencana pada Rabu, bagi membidas kritikan Encik Lee terhadap kepimpinan abangnya dan mengatakan ia adalah satu percubaan menjatuhkan pemerintah.

Artikel itu sebagai respons kepada satu pos Facebook oleh Encik Lee Hsien Yang pada Ahad, yang menyenaraikan beberapa kontroversi yang dihadapi pemerintah kebelakangan ini, termasuk “seorang menteri kabinet yang diberkas kerana rasuah”, merujuk kepada Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, yang sedang disiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >