Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA DENGAN AKHBAR BERITA HARIAN/BERITA MINGGU

Shanmugam: Warga sedar dan hargai pentingnya bina keharmonian kaum

Feb 12, 2017 | 05:30 AM



MASYARAKAT berbilang kaum dan agama di sini menyedari dan menghargai betapa pentingnya membina dan memelihara hubungan kukuh yang sejati sambil menerima perbezaan sesama mereka.



Lantas banyak usaha telah dilaksana, termasuk daripada kalangan masyarakat Melayu/Islam, untuk meluaskan kebersamaan itu.



Perkembangan positif itu menarik perhatian dan dirasakan sendiri oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semasa memberikan penilaian dan pemerhatian mengenai amalan masyarakat berbilang kaum Singapura.



Oleh itu, amat penting memelihara keharmonian itu, biarpun dalam konteks cabaran serantau dan sejagat hari ini, kata beliau dalam wawancara dengan Berita Minggu.



Menurut Encik Shanmugam, usaha itu harus diteruskan kerana, sedang masyarakat berbilang kaum dan agama setempat mencapai kemajuan dalam mengatasi cabaran-cabaran sedia ada, timbul kini cabaran baru yang berpotensi menggugat perpaduan masyarakat.



Cabaran baru itu termasuk retorik anti-Islam yang kian menular dan politik yang mengambil kesempatan ketidakstabilan masyarakat seperti yang kini dilihat di Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Donald Trump.



"Saya melihat perubahan positif di Singapura... Saya melihat tekad yang lebih mendalam terhadap penerimaan dan toleransi serta pemahaman yang lebih baik oleh semua pihak. Ini penting kerana jika kita gagal melakukannya, kita akan hanyut pada arah bertentangan dan menjadi semakin renggang," ujarnya.



Wawancara akhbar ini dengan Encik Shanmugam itu sebagai susulan ucapan beliau di simposium mengenai agama, konflik dan perdamaian yang dianjurkan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) minggu lalu.



Dalam ucapannya, Encik Shanmugam memberikan jaminan jelas lagi utuh pemerintah kepada semua warga Singapura bahawa ia komited menjaga keselamatan, perlindungan dan kebebasan beragama kepada semua, termasuk masyarakat Islam di sini.



Sepanjang wawancara lebih sejam itu, Encik Shanmugam menggariskan sekali lagi jaminan tersebut dan melahirkan komitmen mahu berusaha keras bagi memastikan masyarakat majoriti turut menyokong pendirian dan prinsip pemerintah itu.



Sehubungan dengan itu, beliau juga menyentuh mengenai peranan masyarakat minoriti dan majoriti yang perlu menolak perbuatan yang dapat mencetuskan perpecahan masyarakat berdasarkan jalur kaum.



Beliau menekankan bahawa jika terdapat anggota masyarakat atau pemimpin agama yang bertanggungjawab ke atas komen atau tindakan sedemikian, pemerintah tidak teragak-agak mengambil tindakan keras terhadap mereka.



Dalam pada itu, Encik Shanmugam juga menyentuh perkembangan sejagat dan serantau, khususnya trend semangat keagamaan yang meningkat sehingga menyebabkan perpecahan.



Beliau juga menyentuh kemajuan masyarakat Melayu yang disifatkannya sebagai menggalakkan.



Laporan lanjut: 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >