Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shirin Hamid dilantik ketua pegawai maklumat IMF

Oct 21, 2021 | 11:40 AM



SEORANG anak Melayu Singapura telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan pengarah jabatan teknologi maklumat Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).



Cik Shirin Hamid dijangka mengambil alih peranan itu  pada 4 Januari daripada Encik Edward Anderson yang meninggalkan IMF Jun lalu.



Menurut kenyataan IMF semalam, pemilihan Cik Shirin merupakan hasil satu proses persaingan di peringkat antarabangsa.



Pengarah urusan IMF Kristalina Georgieva berkata Cik Shirin membawa pengalaman kepimpinan IT yang luas, dengan peranan penting yang dimainkannya di institusi nasional dan global.



"Beliau membawa pembaharuan, dengan rekod terbukti menerajui kempen pemodenan IT di pertubuhan antarabangsa yang besar.



"Visi strategiknya yang kukuh tertumpu pada penggunaan teknologi untuk membantu pertubuhan meraih kejayaan dalam kerja mereka dan ini satu kekuatan cukup berharga yang akan membantu IMF memanfaatkan kemajuan teknologi terkini untuk menyokong tugasnya menyampaikan khidmat buat anggotanya," ujarnya.



Cik Shirin sebelum ini ketua pengarah dan CIO bagi jabatan teknologi maklumat di Bank Pembangunan Asia (ADB) sejak 2016, dengan memimpin lebih 600 pegawai IT.



Sebelum itu, beliau mempunyai 11 tahun pengalaman berkhidmat di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau UNDP sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dan pengarah.



"Cik Shirin menyertai IMF ketika tempoh yang kritikal ini, dengan usaha dijalankan untuk memodenkan tempat kerja digital serta peningkatan lain.



"Pengalamannya yang pelbagai, visinya yang strategik dan bakatnya memimpin pasukan besar yang berbilang budaya merupakan aset yang akan membantu IMF mencapai matlamat pemodenannya," kata Cik Georgieva.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >