Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 5 lagi kes berkait dengan kelompok CHIJ Katong Convent; 8 pesakit di ICU

Aug 08, 2021 | 11:07 PM



LIMA lagi kes Covid-19 berkait dengan kelompok CHIJ Katong Convent dikenal pasti pada Ahad (8 Ogos), menjadikan jumlah kes berkait dengan sekolah menengah itu mencecah lapan kes kini.



Sekolah itu memulakan pembelajaran dari rumah bulan lalu apabila dua pelajarnya diuji positif Covid-19.



Dua kelompok aktif yang baru dikenal pasti pada Ahad berkait dengan Kes 67738 dan Kes 67704, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Setiap daripada dua kelompok ini mempunyai dua kes baru, menjadikan setiap kelompok memiliki tiga kes, kata MOH yang tidak memberi lebih banyak maklumat lanjut tentang kelompok ini.



Kini terdapat sejumlah 130 kelompok aktif dengan setiap satu mempunyai antara tiga hingga 1,147 kes jangkitan.



Singapura melaporkan 73 kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat termasuk 21 kes tiada kaitan dengan kes terdahulu pada Ahad. Terdapat lima kes import.



Sejumlah 542 kes kini dirawat di hospital, tambah MOH.



Terdapat 37 pesakit yang sakit teruk dan memerlukan sokongan oksigen.



Lapan kes pula dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU), jumlahnya bertambah daripada empat kes pada hari sebelumnya.



Enam daripada 45 kes pula sudah menerima vaksinasi penuh. Dari sejumlah itu, empat daripada mereka memerlukan sokongan oksigen manakala dua yang lain memerlukan jagaan ICU kerana keadaan perubatan lain.



Secara keseluruhannya, 34 warga emas berusia lebih 60 tahun, dengan 29 daripada mereka belum menjalani vaksinasi penuh atau hanya menerima satu suntikan vaksin jatuh sakit, jelas MOH.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >