Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA tambah penerbangan VTL, luaskan pilihan bagi pelancong

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



PARA pelancong akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk perjalanan tanpa kuarantin mulai tahun depan setelah syarikat Singapore Airlines (SIA) memperkenalkan lebih banyak penerbangan tambahan bagi Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) mulai 17 Januari.



Lebih banyak penerbangan akan diperkenalkan dari Amsterdam (Belanda), Barcelona (Sepanyol), Copenhagen (Denmark), Frankfurt (Jerman), London (Britain), Milan (Italy), Munich (Jerman), New York (Amerika Syarikat), Paris (Perancis), Rome (Italy), Seattle (Amerika Syarikat) dan Vancouver (Canada), menurut kenyataan SIA semalam.



Dari 19 Januari, ia akan mengendalikan penerbangan sedemikian dari Houston (Amerika) dan Manchester (Amerika).



SIA sebelum ini telah mengumumkan bahawa penerbangan VTL dari Kuala Lumpur akan bermula dari 29 November.



Syarikat pesawat tambang murah (LCC) Jetstar Asia juga berkata semalam bahawa tujuh daripada 15 perkhidmatan pergi balik mingguannya antara Kuala Lumpur dengan Singapura akan ditetapkan sebagai penerbangan VTL, selepas menerima kelulusan untuk mengendalikan penerbangan itu.



Menjelang 6 Disember, Singapura akan mempunyai aturan VTL dengan 21 negara.



Isnin lalu, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, berkata pelancong daripada Indonesia boleh memasuki Singapura di bawah VTL mulai 29 November.



Selain itu, pelancong daripada Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) akan dibenarkan memasuki Singapura mulai 6 Disember.



Pelancong yang memasuki Singapura di bawah skim VTL tidak perlu dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Sebaliknya, mereka perlu diuji negatif untuk Covid-19 dua hari sebelum berlepas ke Singapura, serta semasa ketibaan.



Sejak 11 Nov, pelancong boleh menyerahkan keputusan ujian negatif sama ada daripada ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) atau ujian pantas antigen (ART) yang dilakukan secara profesional.



Apabila tiba, mereka akan diminta untuk mengambil ujian PCR, dan boleh teruskan aktiviti mereka seperti biasa jika menghasilkan ujian negatif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >