Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siap awal bagi Raya...

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



MENJELANG sambutan Aidilfitri, Cik Fatiah Ragil akan sentiasa sibuk membuat persiapan bagi menyerikan rumahnya.



Dengan perancangan yang telah dilakukan sejak awal 2023 dan demi menjimatkan kos, beliau bersama keluarganya telah menempah membuat langsir di Batam, yang telah pun siap pada Mac lalu.



Pada pertengahan Mac, Cik Fatiah telah ke Batam bersama 12 lagi anggota keluarganya untuk membeli-belah serta mengambil langsir yang ditempahnya sekitar dua bulan sebelum itu.



"Berbelanja di Batam dapat jimat sekurang-kurangnya 30 peratus, berbanding belanja di Singapura.



"Kalau di Batam, harga buat langsir lebih rendah dan amat berpatutan.



"Selain langsir, kami juga telah mengambil kesempatan untuk membeli makanan kering seperti ikan bilis, ikan dan udang kering di pasar bagi masakan harian dan juga Hari Raya nanti.



"Jika sempat dan ada stok, saya juga akan membeli kek," kongsi penyelia itu kepada Berita Harian yang ditemui di sana baru-baru ini.



Cik Fatiah turut berkata untuk makanan kering dan snek sahaja, beliau akan mengeluarkan belanja sekitar $300 untuk dibawa pulang.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >