Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Siapa bakal dinobat penerima Anugerah Jauhari 2021?

Dec 22, 2021 | 05:30 AM



KOMITED, berdedikasi, berkeyakinan diri dan berdaya tahan.



Demikianlah antara nilai-nilai yang dimiliki individu yang bakal dinamakan sebagai Jauhari masyarakat Melayu/Islam tahun ini.



Seorang pakar dalam industri yang sudah diceburi berdekad lamanya dengan pencapaian yang gemilang, gerangan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian itu bakal diketahui dalam satu majlis malam ini.



Majlis Anugerah Jauhari kali ini, yang disampaikan buat tahun ke-23, akan turut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.



Tahun ini, jamuan malam akan diadakan di hotel Grand Hyatt Singapore bersama sekitar 100 tetamu, dengan mematuhi langkah pengurusan selamat semasa di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.



Anugerah Jauhari Berita Harian tahun ini disampaikan FairPrice Group.



Anugerah Jauhari mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu Melayu/Islam setempat.



Ia juga sebagai memberi penghormatan kepada individu Melayu/Islam yang cemerlang, tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.



Tokoh terpilih juga diakui telah meninggalkan kesan mendalam ke atas masyarakat melalui sumbangan dalam bidang yang diceburi.



Sejak diperkenal pada 1999, Anugerah Jauhari menjulang tokoh daripada pelbagai bidang termasuk akademik, perubatan, perniagaan, seni, sukan, pergerakan buruh, aktivis sosial dan bantuan kemanusiaan.



Buat julung-julung kalinya pada 2014, ia juga telah disampaikan kepada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), menjadikannya pertubuhan pertama dan satu-satunya sejauh ini yang diberi anugerah berprestij itu.



Penerima Anugerah Jauhari tahun ini dipilih daripada senarai tokoh dan pertubuhan yang dicalonkan pembaca akhbar ini dan pemimpin masyarakat.



Berita Harian akan turut menyampaikan Anugerah Jauhari Harapan yang mengiktiraf pencapaian dan potensi individu Melayu/Islam yang berusia 30 tahun dan ke bawah.



Anugerah ini, yang diperkenal pada 2014, mencerminkan komitmen akhbar ini memberi dorongan kepada golongan muda yang berpotensi agar terus mengejar impian.



Penerima Jauhari Harapan juga dipilih daripada pencalonan umum dan pemimpin masyarakat.



Pencalonan nama-nama yang difikirkan layak menerima anugerah itu, kemudian akan disaring dan pemenangnya akan dipilih oleh sebuah panel pengadil seramai empat orang yang diterajui oleh mantan Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi.



Pengadil lain termasuk Editor Berita Harian/Minggu, Encik Saat A. Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Specialist Care Group (SCG) dan Pengarah Eksekutif IAPPS Health Group ( IHG), Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar yang juga Jauhari 2013; dan Encik Suhaimi Rafdi, Pengarah Kanan, Our Tampines Hub, juga penerima Jauhari 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >