Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siapa Tan Chuan-Jin dan Cheng Li Hui?

Jul 17, 2023 | 05:21 PM



Encik Tan Chuan-Jin menyertai politik pada 2011 apabila beliau menjadi sebahagian anggota pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) seramai lima orang yang bertanding bagi GRC Marine Parade.

Sebelum menjadi Speaker Parlimen pada 2017, beliau ialah Menteri Tenaga Manusia pada 2004 hingga 2014, serta Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga pada 2015 hingga 2017.

Encik Tan, 54 tahun, juga telah menjadi presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura sejak 2014, setelah dipilih semula untuk penggal ketiga pada September 2022 dalam undian sebulat suara.

Beliau menyelia SG Cares, gerakan nasional yang menggalakkan warga Singapura untuk menjadi sukarelawan dan berusaha ke arah membina masyarakat yang lebih penyayang. 

Beliau pada masa yang sama adalah penasihat kepada Majlis Perkhidmatan Sosial Nasional dan Pusat Sukarelawan & Dermawan Nasional, pengerusi lembaga penasihat Healthway Medical Corporation, serta timbalan pengerusi Kumpulan Hidupan Liar Mandai, antara pelantikan lain.

Sebelum menyertai politik, Encik Tan berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Singapura. 

Beliau sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.

Sementara itu, Cik Cheng Li Hui, 47 tahun, telah menjadi Anggota Parlimen GRC Tampines sejak 2015 apabila beliau membuat penampilan sulungnya dalam politik.

Beliau adalah timbalan ketua pegawai eksekutif di syarikat bekalan kejuruteraan, Hai Leck Holdings.

Cik Cheng belum berkahwin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >