Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan koroner dapati 3 kemungkinan punca kematian bayi di rumah pengasuh

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



SIASATAN koroner mendapati tiga kemungkinan di sebalik kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam bulan yang ditemui mati dalam keadaan tertiarap di sebuah flat ketika di bawah jagaan pengasuh.



Demikian kata Dr Audrey Yeo, seorang pakar patologi forensik dari Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Isnin ketika beliau memberi keterangan pada hari pertama siasatan koroner terhadap kematian Yong Jing Yu.



Pada 28 Disember 2021, hari kematiannya, pengasuh telah memberinya susu dan menidurkannya di dalam kandang main sekitar 3 petang, kata Pegawai Penyiasat (IO) Russel Tong.



Apabila pengasuh mendapati bayi itu dalam keadaan meniarap dengan muka menunduk sekitar 6.20 petang dan melihat mukanya telah bertukar biru, beliau menghubungi ambulans.



Menurut IO Tong, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah memberi arahan kepada pengasuh tersebut untuk cuba memulihkannya.



Apabila paramedik tiba, mereka mengambil alih usaha memulihkan pernafasan dan membawa bayi itu ke Hospital Besar Sengkang, di mana bayi itu disahkan meninggal dunia.



Encik Tong turut menambah polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.



Dr Yeo berkata punca akhir kematian tidak dapat dipastikan kerana terdapat tiga kemungkinan yang boleh menyebabkan kematian Jing Yu.



Menurut beliau, kemungkinan punca kematian pertama adalah asfiksia, atau kelemasan kedudukan, kerana bayi itu ditemui dalam keadaan tertiarap.



Kemungkinan punca kedua adalah keradangan akut dalam paru-paru Jing Yu, namun beliau berkata memandangkan keradangan tidak cukup meluas untuk menunjukkan radang paru-paru, penemuan itu tidak mencukupi untuk dilabelkan sebagai punca kematian terakhir.



Sebab ketiga, kata Dr Yeo, adalah mutasi gen yang didapati semasa bedah siasat yang menjejaskan pengangkutan ion ke jantung.



Dr Yeo berkata bahawa walaupun ketiga-tiga perkara ini adalah kemungkinan penyebab kematian, beliau tidak dapat memutuskan satu punca lebih berkemungkinan daripada yang lain.



Koroner negara Encik Adam Nakhoda akan memberikan penemuannya pada tarikh kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >