Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Siasatan sedang dijalankan susuli letupan di pusat servis kereta Audi

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM), bersama Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang menyiasat letupan yang berlaku di pusat servis kereta Audi yang berlaku pada 7 Mac 2023 di Ubi Road 1.



Menjawab soalan parlimen oleh Anggota Parlimen (AP) Encik Melvin Yong (Radin Mas), Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata siasatan mungkin akan mengambil masa beberapa bulan untuk membuat kesimpulan.



Tambahnya, MOM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, termasuk mendakwa mereka, jika kesalahan didapati.



Buat masa ini, MOM telah mengarahkan Premium Automobiles Pte Ltd. untuk menghentikan semua kerja yang melibatkan penggunaan, pengendalian, pengumpulan, penyimpanan dan pelupusan minyak automotif dan cecair di bengkel, dan untuk melantik juruaudit keselamatan dan kesihatan tempat kerja untuk menyemak sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mereka.



MOM akan menghantar sebuah Amaran Keselamatan dan Kesihatan (WSH) di tempat kerja, menerusi Buletin Majlis WSH dan Persatuan dan Dewan Perdagangan yang berkaitan, untuk mengingatkan bengkel tentang penggunaan selamat dan pengendalian minyak dan cecair automatif.



Beliau menambah, MOM juga akan berkongsi pembelajaran utama daripada kejadian itu dengan industri setelah siasatan selesai.



Pada 7 Mac, sebuah letupan telah berlaku di pusat servis kereta tersebut.



Seramai 100 orang telah dipindahkan dan seorang cedera susuli letupan itu.



Mangsa itu tercedera apabila terjatuh dan dibawa ke Hospital Raffles, kata SCDF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >