Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sibuk nak masuk darjah satu...

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



SEPERTI ibu bapa lain yang mempunyai anak bersekolah, pasangan suami isteri, Encik Mohammad Fadzly Md Rani dan isteri, Cik Safiah Zainol Abidin memulakan hari ini dengan penuh debaran dan keghairahan.



Anak bongsu mereka Muhammad Aufa, akan memulakan hari pertamanya di Sekolah Rendah Sengkang Green.



Meskipun sudah melaluinya sebanyak dua kali sebelum ini, perasaan ghairah tersebut masih tetap dapat dirasakan.



"Rasa ghairah dan gementar ini memang tidak boleh dielakkan, walaupun kami sudah melaluinya sebanyak dua kali - dengan dua anak perempuan kami.



"Setiap anak itu berbeza, jadi kami tidak pasti bagaimana keadaan untuk Aufa, namun kami yakin dengan persediaan yang kami telah lakukan dengannya untuk memulakan persekolahan di sekolah rendah," kata Cik Safiah.



Mereka juga berharap masih ada peluang - walaupun terdapat sekatan Covid-19 di sekolah - untuk anak mereka itu mengenali rakan sekelas barunya semasa dia memulakan Darjah Satu hari ini.



Encik Fadzly berkata:



"Sebelum ini anak-anak perlu belajar dari rumah (HBL) disebabkan Covid-19, jadi saya risau jika sekatan ini dikuat kuasa semula ia akan menyekat semangat anak bongsu kami ini untuk belajar di sekolah bersama rakan-rakan barunya."



LAPORAN SELANJUTNYA: Buat persiapan awal pastikan anak sedia langkah ke alam sekolah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >