Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN KES DAGING RUMAH SEMBELIH THOMAS FOODS INTERNATIONAL DARI AUSTRALIA

Sichma dakwa jadi mangsa sabotaj; sifatkan 'aduan sesuatu yang dirancang'

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Islam Tertinggi bagi Daging Halal Australia (Sichma) telah mendakwa mereka menjadi mangsa sabotaj berhubung isu rumah penyembelihan Thomas Foods International Lobethal (TFIL) yang didakwa tidak mematuhi sepenuhnya prosedur halal.



Sichma mendakwa lelaki yang mengadu tentang salah laku rumah penyembelihan itu dikatakan telah mendapat wang daripada pihak ketiga bagi melaksanakan 'rancangannya' untuk merakam keadaan di kawasan penyembelihan TFIL.



Dalam responsnya kepada pertanyaan Berita Harian semalam, badan pensijilan halal Australia yang dikaitkan dengan kes TFIL itu menyatakan ia telah menyerahkan bukti video kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menunjukkan bahawa kejadian tersebut "dirancang" si pengadu.



Rakaman tersebut mengandungi temu ramah bersama seorang pekerja TFIL yang menyatakan si pengadu - yang juga salah seorang penyembelih di TFIL - telah menerima wang daripada pihak ketiga.



Pengadu tersebut dikatakan telah menimbulkan masalah dengan sengaja bagi beberapa pihak termasuk Sichma dan TFIL.



Kenyataan Sichma itu turut menambah bahawa pekerja yang memberikan kenyataan dalam video itu tidak menyembunyikan identitinya, berbanding si pengadu.



Sichma merupakan antara lima Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) Australia yang diiktiraf Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada masa ini dan merupakan salah sebuah pertubuhan Islam bukan meraih untung yang menggalak makanan halal.



Rumah sembelihan TFIL pula sebelum ini antara pembekal daging halal ke Singapura dan Malaysia.



Namun menyusuli satu video yang diedarkan secara dalam talian yang menunjukkan amalan tidak patuh peraturan dan prosedur penyembelihan secara halal TFIL, kerajaan Malaysia telah menggantung serta-merta bekalan daging halal dari TFIL.



Muis juga telah mengarahkan pihak setempat yang memiliki sijil halal supaya tidak menggunakan dan mengimport daging dari rumah tersebut.



Ia juga sedang menilai permohonan terkini Sichma untuk diiktiraf sebagai FHCB.



Dalam kenyataanya lagi, Sichma menambah selepas si pengadu mengambil video dan gambar secara terlarang itu dalam TFIL, rakaman CCTV di rumah penyembelihan itu menunjukkan pengadu terus keluar dari kawasan penyembelihan tanpa memberitahu sesiapa tentang apa yang telah berlaku.



Sichma berkata: "Telefon bimbit juga dilarang di kawasan penyembelihan, ini melanggar peraturan di mana-mana rumah penyembelihan di Australia. Perkara ini juga mengesahkan bahawa tindakan (pengadu itu) dirancang lebih awal."



Sichma menambah ia telah menghantar surat peguam kepada pengadu tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, selain pihak yang membayarnya untuk melaksanakan rancangan tersebut.



Sebelum ini, Naib Pengerusi Sichma, Encik Adem Cetinay, berkata pengadu tersebut telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai penyembelih dan pemeriksa halal.



Beliau juga didakwa tidak memberitahu majikan atau pasukan yang menjalankan audit ke atas rumah penyembelihan itu berkaitan salah laku protokol halal, kata Encik Cetinay.



Encik Cetinay berkata pihaknya mematuhi semua protokol dan piawaian halal yang ditetapkan setiap negara yang mengimport daging dari Australia.



Beliau juga berkata pihaknya telah berurusan dengan Muis berhubung isu ini.




"Telefon bimbit juga dilarang di kawasan penyembelihan, ini melanggar peraturan di mana-mana rumah penyembelihan di Australia. Perkara ini juga mengesahkan bahawa tindakan (pengadu itu) dirancang lebih awal."



- Majlis Islam Tertinggi bagi Daging Halal Australia (Sichma) dalam kenyataannya.




URUTAN KES



31 MEI



Muis keluarkan kenyataan arah pemilik sijil halal setempat supaya tidak gunakan dan import produk daging dari rumah penyembelihan Australia, Thomas Foods International Lobethal (TFIL) dengan serta-merta. Ini kerana ia ada alasan kukuh untuk merumuskan rumah sembelih itu telah melanggar prosedur penyembelihan halal. Sebelum itu, Jakim telah menggantung kelulusan pusat Australia itu.



1 JUN



Majlis Islam Tertinggi bagi Daging Halal di Australia (Sichma) yang beri sijil halal kepada TFIL menyalahkan pengadu yang mendakwa daging yang dibekalkan TFIL dihasilkan tanpa mematuhi sepenuhnya prosedur halal. Pengadu tersebut, yang juga pekerja TFIL, dikatakan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai penyembelih dan pemeriksa halal.



13 JUN



Sichma dakwa mereka jadi mangsa sabotaj perbuatan pengadu tersebut. Katanya ia telah menyerahkan rakaman video temu ramah bersama seorang lagi pekerja TFIL yang menyatakan pengadu itu telah menerima wang dari pihak ketiga bagi melaksanakan 'rancangannya'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >