Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah pengekangan terbaru elak kluster besar

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



INDIVIDU yang telah mengunjungi tempat di mana koronavirus tercetus atau 'hotspot' pada hari yang sama dengan mereka yang dijangkiti Covid-19, akan menerima 'Amaran Kesihatan' menerusi SMS.



Dalam pada itu, mereka juga perlu menjalani ujian wajib di pusat ujian khas dan diasingkan sehingga mereka menerima keputusan, umum Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19 ketika sidang media maya semalam.



Menteri Kewangan Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak itu berkata:



"Kami sudah melaksanakan operasi kuarantin yang lebih meluas, tetapi terdapat lingkungan orang yang lebih luas yang bukan kontak rapat tetapi mungkin terdedah kepada virus itu.



"Contohnya, anda dalam restoran, tetapi tidak duduk bersama, mungkin di meja berbeza, tetapi anda dalam restoran ini pada waktu yang sama atau mungkin dalam pusat beli-belah pada masa yang sama, apabila terdapat kes jangkitan yang sedang tercetus."



Memberi butiran lanjut, Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan media semalam berkata data TraceTogether dan SafeEntry akan digunakan untuk memperkukuh pengekangan kes untuk mengelak kluster besar daripada timbul. Ini memandangkan terdapat varian virus yang lebih mudah menular.



"Sementara risiko jangkitan lebih rendah jika mereka diuji negatif, mereka patut terus mengehadkan interaksi mereka bersama orang lain sebagai langkah berjaga-jaga tambahan dan menyekat kegiatan mereka kepada yang penting sahaja," kata MOH.



Mereka juga akan menerima kit ujian lakukan sendiri (DIY) di pusat ujian di mana mereka akan perlu melakukan ujian itu sendiri di rumah dalam beberapa hari seterusnya untuk mengesahkan mereka tidak dijangkiti, tambah MOH.



Encik Wong berkata:



"Ini akan menjadi proses baru yang kami tetapkan untuk bantu mengekang penularan sebarang kes baru yang mungkin tercetus, dan kami menyeru semua di Singapura untuk memainkan peranan anda untuk membantu kami mengawal jangkitan dan mengelak kluster besar daripada tercetus."



Dalam beberapa minggu akan datang, Kotak Log Keluar (check-out) SafeEntry Gateway (SEGW) juga akan dilancarkan secara bertahap di tempat yang mempunyai kunjungan orang yang ramai.



Ini termasuk pusat beli-belah, hospital dan poliklinik serta tempat di mana individu mungkin berada dalam jarak dekat buat tempoh berpanjangan tanpa pelitup seperti cawangan makanan dan minuman serta gim.



"Ini menyusuli maklum balas awam daripada pengguna SEGW yang mahu melakukan 'check-out' SafeEntry, tetapi tidak dapat melakukannya sekarang. Ini akan bantu memudahkan usaha penjejakan kontak yang lebih tepat," kata MOH.



Dalam pada itu, MTF turut mengumumkan bahawa kakitangan yang bekerja dalam sekitaran lebih berisiko perlu menjalani ujian Covid-19 tetap, menggunakan ujian seperti ujian pantas antigen (ART).



Peraturan Pengujian Mudah dan Cepat (FET) tetap ini yang dijalankan setiap 14 hari akan menjadi wajib mulai sekitar pertengahan Julai.



MOH berkata ini melibatkan kakitangan dalam sekitaran di mana klien tidak memakai pelitup atau terdapat kontak berpanjangan antara individu seperti di gim dan kedai gunting rambut.



Kebanyakan FET ini boleh dilakukan menerusi sistem swab sendiri yang dipantau majikan.



MOH telah menubuhkan program untuk melatih penyelia dalam memantau swab sendiri ART bagi kakitangan mereka.



Bagi perniagaan kecil yang tidak dapat mengadakan swab sendiri yang dipantau itu, terdapat Pusat Ujian Cepat (QTC) yang akan ditubuhkan bagi menyokong mereka yang perlu diuji.



QTC akan ditubuhkan di Tekka dan Yishun dan akan mula beroperasi dari 21 Jun. Lebih banyak QTC akan ditubuhkan secara bertahap, menurut MOH.



Kunjungan ke rumah penjagaan warga emas pula telah digantung sehingga 20 Jun.



Namun dengan kunjungan fizikal dibenarkan sambung semula pada 21 Jun, pengunjung akan perlu mengambil FET dan menghasilkan keputusan ART negatif sebelum mereka dibenarkan masuk, kata MOH.




GUNAKAN KIT UJI COVID-19 SENDIRI DI RUMAH



"Ini akan menjadi proses baru yang kami tetapkan untuk bantu mengekang penularan sebarang kes baru yang mungkin tercetus, dan kami menyeru semua di Singapura untuk memainkan peranan anda untuk membantu kami mengawal jangkitan dan mengelak kluster besar daripada tercetus.''
- Menteri Kewangan Lawrence Wong




SEKILAS LANGKAH BARU COVID-19



1. Orang ramai dibenarkan menjamu selera di kedai makanan dan minuman mulai 21 Jun, tetapi dalam kumpulan berdua.



2. Majlis resepsi perkahwinan terus tidak dibenarkan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan Julai.



3. Gim dan studio kecergasan boleh sambung semula mulai 21 Jun tetapi kumpulan terhad kepada dua orang dan kelas terhad kepada 30 orang, termasuk jurulatih.



4. Bekerja dari rumah juga akan terus kekal sebagai aturan tetap bagi pekerja.



5. Langkah sokongan bagi pekerja dan sektor terjejas akan dilanjutkan.



6. Rejim ujian Covid-19 tetap bagi mereka yang bekerja dalam sekitaran lebih berisiko seperti sektor makanan dan minuman menjadi wajib mulai sekitar pertengahan Julai.



7. Ujian Covid-19 bagi pengunjung rumah penjagaan warga emas bermula pada 21 Jun.



8. Kotak Log Keluar SafeEntry Gateway (SEGW) akan dilancarkan secara bertahap di tempat yang mempunyai kunjungan orang yang ramai.



9. Ujian Covid-19 wajib bagi mereka yang mengunjungi tempat di mana koronavirus berleluasa atau 'hotspot' pada hari yang sama dengan mereka yang dijangkiti Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >