Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sijil halal syarikat pembekal ayam Hup Heng digantung, pemegang sijil digesa cari pembekal alternatif: Muis

Aug 31, 2023 | 05:21 PM



Sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat pembekal ayam, Hup Heng Poultry telah digantung buat tempoh kira-kira tiga bulan mulai 30 Ogos hingga 30 November.

Ini disahkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) setelah Berita Harian (BH) melihat satu dokumen yang telah dikeluarkan kepada pemegang sijil halal.

Dalam dokumen tersebut, sijil halal Hup Heng Poultry di bawah Skim Ayam dan Produk bagi premis mereka di No 28/30 Senoko Crescent telah digantung.

Ketika ditanya tujuan di sebalik penggantungan itu, Muis enggan mengulas lanjut.

Hup Heng membekalkan ayam segar, produk daging dan ayam beku seperti seluruh ekor ayam yang disembelih segar, potongan ayam yang disembelih segar, daging atau ayam beku yang diproses serta daging atau ayam cair beku diproses.

Muis telah menasihati pemegang sijil halalnya agar mencari pembekal alternatif yang diberi pensijilan halal bagi produk demikian sementara Hup Heng menjalani tempoh penggantungan.

Namun, mereka boleh terus membeli barangan ayam dan daging yang diberi sijil halal yang diimport dan dalam karton asli - tidak diproses - dari Hup Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >