Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEDUTAN PEMBENTANGAN PENCERAMAH UNDANGAN ICCOS

Sikap empati terhadap kepelbagaian satu tanggungjawab sivik: Pakar

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



Di Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang (ICCOS) baru-baru ini, Profesor Mona Siddiqui, telah menyampaikan ucapan mengenai topik 'Mendakap Kepelbagaian Keagamaan dan Kerjasama Silang Agama'.



Beliau merupakan seorang Profesor Kajian Antara Agama dan Islamik, Penolong Pengetua bagi Agama dan Masyarakat dan Dekan Antarabangsa bagi Timur Tengah di Universiti Edinburgh, Scotland.



Berikut sedutan ucapannya:



"...persoalan pentingnya adalah dalam konteks masyarakat sivil, bagaimana Muslim memandang penglibatan mereka sama ada sebagai rakyat minoriti atau majoriti? Dan sumber apa yang dirujuk mereka?



Kami telah mempunyai banyak (perbincangan) pagi ini mengenai sumber klasikal, tetapi adakah pengalaman manusia yang hidup dan bekerja bersama orang lain yang mempunyai pendapatan dan budaya berbeza menjadi faktor utama dalam menentukan bagaimana pluralisme akan berkembang?



Bagi Muslim serta negara Islam, ini adalah tentang menggantikan pembahagian dunia ini kepada dunia orang Islam dan dunia bukan Islam, dengan dunia untuk semuanya.



Ini kerana kepelbagaian merupakan realiti. Tetapi inklusif adalah satu pilihan.



Ia bukan sahaja pilihan intelektual, tetapi sebuah komitmen moral, dan justeru perlu diterima secara emosi dan psikologi, bukan sahaja dari segi intelek atau dari segi undang-undang.



Insitusi pendidikan boleh memainkan peranan penting dalam mempromosikan budaya lebih luas di mana ia sangat diterima untuk bertukar idea.



Sebahagian daripada itu adalah menyedari bahawa norma budaya yang diamalkan orang lain mungkin sesuatu yang anda dapati menyinggung perasaan.



Justeru sedang orang ramai menjadi semakin terdedah kepada pelbagai konsep dan cerita, lama kelamaan, mereka mungkin lebih bersedia untuk mengamalkan lebih pemahaman dan toleransi.



Ini memerlukan kita untuk membebaskan diri daripada fahaman dogma dan prejudis, untuk bersikap empati dengan kepelbagaian manusia, yang betul-betul tidak menyenangkan diri kita pada tahap setempat, nasional dan global.



Ini kerana tanpa perasaan tidak senang hati itu, kita tidak benar-benar mengakui kepelbagaian, bahawa kewujudan bersama meminta kita untuk mendengar serta berbicara.



Perbezaan budaya bukan sesuatu yang termaktub secara tetap.



Kita mampu melangkah melebihi sempadan persepsi dan budaya walaupun kita mungkin mempunyai perbezaan dari segi individualisme, kolektivisme, dan hierarki.



Anda tidak akan pernah dapat menyelaraskan semua orang sepenuhnya.



Tetapi jika anda boleh mengubah pemikiran orang ramai dengan sedikit, itu seringnya kebaikan moral.



Kewujudan bersama memerlukan keberanian, sikap rendah hati dan kepimpinan.



Tetapi perpaduan dan sikap empati terhadap orang di sekeliling kita merupakan tanggungjawab sivik.



Ini bukan hanya bermakna dialog dalam agama atau perbincangan antara agama, tetapi sebenarnya dialog bersama pelbagai institusi dan pertubuhan, dari sudut mana untuk dilihat cabaran dalam kalangan agama kita dengan masalah hari ini, untuk dibimbing pakar, oleh suara yang secara tradisional berdiam diri atau sedang bergelut, oleh mereka yang ditindas, oleh yang takut, oleh yang miskin dan terpinggir, dan untuk menjadi pemain yang jujur, penuh belas kasihan dan membina yang menyedari bahawa kesedaran sivik perlu berwawasan bukan hanya reaksionis.



Hari ini, salah satu konsep utama kemodenan adalah globalisasi.



Justeru proses globalisasi ini memberi kesan tempatan segera dalam masyarakat berbilang budaya.



Jika kita bekerjasama kerana kita rasa kita mempunyai kepentingan dalam kebaikan moral masyarakat kita, kita akan sentiasa lebih berkembang maju dan lebih penting, kita akan sentiasa membantu orang lain berkembang maju.



Kehidupan moral kita bergantung kepada menggantikan budaya ketakutan dan kemaharan dengan budaya harapan dan kesyukuran.



Ruang sivik dan politik kita, memerlukan suara yang penuh belas kasihan dan kepimpinan yang berani kerana kemarahan mengakis kehidupan budaya dan awam kita.



Ia dibina atas kecurigaan terhadap orang lain, dan menyempitkan visi kita terhadap kemungkinan pemulihan kehidupan.



Kini, lebih daripada sebelumnya, kita mula menyedari betapa pentingnya hubungan manusia dengan kesejahteraan emosi dan mental kita.



Semua orang mahu rasa disayangi, dihargai dan rasa mereka juga sebahagian.



Kehidupan kita, ekonomi kita, dan seluruh rangkaian hubungan manusia dibina atas sifat suka bergaul.



Justeru, mungkin kita perlu membentuk semula teori rumit kepelbagaian, antara agama dan faham pelbagai budaya menjadi konsep lebih mudah tetapi lebih mendalam mengenai sikap empati dan sifat suka bergaul.



Sikap empati tidak dapat menyembuhkan segala-galanya, tetapi ia boleh mengikat kita kepada satu sama lain menerusi perbuatan kebaikan yang radikal dan biasa, membantu kita untuk mencapai masa hadapan yang lebih memberikan harapan.



Menerima kepelbagaian dan kewujudan bersama bukanlah mudah.



Ia memerlukan kesabaran, tetapi tidak ada altenatif bagi kewujudan bersama."




"Perbezaan budaya bukan sesuatu yang termaktub secara tetap.
Kita mampu melangkah melebihi sempadan persepsi dan budaya walaupun kita mungkin mempunyai perbezaan dari segi individualisme, kolektivisme, dan hierarki.
Anda tidak akan pernah dapat menyelaraskan semua orang sepenuhnya.
Tetapi jika anda boleh mengubah pemikiran orang ramai dengan sedikit, itu seringnya kebaikan moral.
Kewujudan bersama memerlukan keberanian, sikap rendah hati dan kepimpinan.
Tetapi perpaduan dan sikap empati terhadap orang di sekeliling kita merupakan tanggungjawab sivik."
- Profesor Mona Siddiqui, Profesor Kajian Antara Agama dan Islamik, Penolong Pengetua bagi Agama dan Masyarakat dan Dekan Antarabangsa bagi Timur Tengah di Universiti Edinburgh, Scotland.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >