Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Sikap liberal terhadap dadah bahayakan hidup masyarakat'

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



SIKAP yang semakin liberal dan tidak mengambil peduli terhadap ancaman dan bahaya dadah serta penyalahgunaannya boleh membahayakan nyawa dan kehidupan masyarakat.



Masalah ini diburukkan lagi dengan timbulnya pendirian berbeza yang semakin meningkat terhadap penyalahgunaan dadah, baik di peringkat global mahupun di Singapura.



Justeru, penting bagi Singapura membina asas yang sama bagi perbincangan mengenai aspirasi kita dan juga kenyataan mengenai penyalahgunaan dadah.



Berucap semasa melancarkan kempen Whats Your Fix? anjuran Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) di Far East Square semalam, naib pengerusinya, Dr Chew Tuan Chiong, berkata beliau gembira tindakan tegas Singapura sejauh ini bermakna keadaan penyalahgunaan dadah di negara ini dapat dikawal dengan baik.



Kempen terbaru tingkat sedar hakikat sebenar salah guna dadah



Dr Chew menyampaikan ucapan itu bagi menggantikan Pengerusi NCADA, Encik Hawazi Daipi, yang tidak dapat hadir di pelancaran kempen terkini NCADA, 'Whats Your Fix?', yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya dadah, terutama dalam kalangan belia.



Kempen itu juga bertujuan mencetuskan perbincangan bermakna mengenai kenyataan sebenar penyalahgunaan dadah.



Ia juga bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, terutama belia, yang diharap dapat menjadi penyokong bagi visi antidadah serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang mungkin terdedah kepada pengaruh dadah.



Kempen itu akan berlangsung selama dua tahun dan mempunyai pelbagai pendekatan kreatif untuk melibatkan masyarakat dalam tiga fasa.



Antaranya ialah siri eksklusif video di Tiktok, siri dokumentari dan pelibatan belia menerusi pertandingan filem.



Mengulas mengenai matlamat kempen itu, Dr Chew berkata: "Matlamat kami ialah menggalak orang ramai membuat pilihan jelas terhadap sikap tidak peduli dan pemikiran liberal terhadap penyalahgunaan dadah.



"Dalam pada itu, kami ingin membantu orang di sekeliling mereka yang mungkin terdedah kepada pengaruh dadah.



"Kami berharap kempen ini memberi inspirasi kepada gelombang advokasi baru dan pelibatan masyarakat, sedang kita berusaha ke arah matlamat kolektif membina sebuah masyarakat bebas dadah."



Sebagai sebahagian usaha mengukuhkan pelibatan dan membina daya tahan masyarakat, NCADA mengumumkan mengenai kerjasamanya dengan perusahaan sosial Architects of Life (AOL).



Dihubungi menerusi e-mel bagi mengulas mengenai kerjasama itu, Encik Hawazi berkata: "Kami telah perhatikan bahawa terdapat ramai yang ingin membantu golongan mudah terjejas di sekeliling mereka, tetapi mungkin tidak berasa bersedia membantu dengan cara terbaik.



"Menyedari hal ini, NCADA berkongsi tujuan yang sama dengan AOL, untuk membangunkan pemahaman dan sumber yang dikongsi dengan orang ramai, supaya kita dapat belajar secara kolektif cara membantu orang di sekeliling kita yang mungkin mudah terpengaruh."



Meluahkan harapannya mengenai kempen ini, Encik Hawazi berkata: "Kami amat berharap masyarakat Melayu akan melibatkan diri secara aktif, terutamanya sedang kami melancarkan lebih banyak kegiatan mendekati masyarakat pada 2023.



"Melalui kempen ini, kami mahu menggalak lebih banyak perbualan mengenai bagaimana kita boleh menyokong mereka yang lebih mudah terpengaruh."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >