Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sim Ann persoal usul beli flat HDB tanpa kos tanah

Saranan NCMP dari Parti Kemajuan Singapura akan jejas pemilik rumah apabila mereka jual flat kemudian
Feb 08, 2023 | 05:30 AM



IDEA bagi satu skim untuk mengecualikan rakyat Singapura daripada membayar kos tanah jika mereka tinggal di flat yang sama seluruh hayat, seperti dicadangkan parti pembangkang, akan menjejas pemilik rumah apabila mereka memutuskan menjual flat kemudian, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann.



Kelmarin, Parti Kemajuan Singapura (PSP) mengusulkan Skim Rumah Mampu Milik di mana pemilik rumah perlu membayar kos tanah dengan faedah terakru atau accrued interest hanya apabila mereka menjual flat dalam pasaran jualan semula. Ini bertujuan menjadikan harga flat Bina Ikut Tempahan (BTO) lebih dimampui.



Dalam hari kedua perbahasan usul berhubung isu pentingnya memastikan perumahan awam dimampu milik di Parlimen semalam, Cik Sim Ann bagaimanapun mempersoalkan skim itu sambil menimbulkan beberapa keprihatinan mengenai ciri skim tersebut.



Beliau berkata harga pembelian flat BTO lebih rendah boleh mencetuskan permintaan lebih tinggi dalam kalangan pemohon, yang seterusnya menjadikan ia lebih sukar bagi pembeli kali pertama mendapatkan flat.



Tambahnya, masalah juga akan timbul kemudian apabila pemilik rumah mahu menjual flat mereka kerana mereka perlu mengumpulkan wang untuk membayar kos tanah manakala bakal pembeli akan perlu membayar harga yang jauh lebih tinggi.



"Malah, ciri paradoksikal skim itu adalah anda membeli apabila anda menjual, atau anda menjual apabila anda membeli.



"Jadi, jika mereka tidak dapat mengumpulkan sumber kewangan untuk menjual, maka apakah pilihan mereka? Apakah maksudnya bagi mereka yang benar-benar mahu keluar atau mereka ingin naik taraf atau berpindah ke tempat lain?



"Adakah mereka dapat mencari pembeli yang sanggup membayar harga yang sangat tinggi? Dan juga, jika terdapat permintaan kukuh dalam kalangan pemohon, Anggota Parlimen (AP) juga telah mengetengahkan implikasi pergolakan dalam pasaran jualan semula dan keprihatinan mereka bahawa nilai aset pemilik rumah sedia ada juga akan terjejas secara negatif," kata beliau.



Cik Sim Ann turut mengetengahkan isu kemampanan fiskal, sambil berkata skim yang dicadang itu tidak memenuhi ujian kemampanan.



Ini kerana di bawah skim itu, kos tanah tidak dibayar jika pemilik tidak menjual flat, tetapi ia menggunakan rizab negara.



Bahkan, Cik Sim Ann berkata sejak mula lagi, ia ibarat skim sewa prabayar yang memanfaatkan rizab masa lalu.



Beliau berkata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) perlu membayar kos tanah yang digunakan untuk membina flat, dan adalah tidak betul untuk mengatakan tanah di mana flat HDB dibina harus dianggap seperti tanah di mana prasarana awam dibina.



"Meskipun ia dipanggil perumahan awam, penggunaan flat itu eksklusif untuk isi rumah yang memilikinya. Dan ini sama sekali berbeza daripada prasarana awam.



"Lebih penting lagi, pemilik flat HDB boleh menjual flat mereka jika mereka mahu dan menyimpan hasil jualannya. Tetapi, kami tidak boleh memecahkan prasarana awam dan menjualnya serta menyimpan hasilnya sebagai individu," kata beliau.



Cik Sim Ann turut menyentuh Skim Apartmen Milenial yang dikemukakan PSP, yang mengusulkan bagi pemerintah menyimpan bekalan besar "flat bermutu" bagi warga Singapura muda menyewa selama dua hingga lima tahun pada kadar yang dimampui.



Beliau berkata pemerintah bersimpati dengan aspirasi dan keperluan generasi muda, namun mempunyai alasan kukuh memastikan perumahan sewa bersubsidi disasarkan untuk keluarga yang tidak mampu memiliki rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >