Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sinar Syawal bersama ginjal yang diderma isteri

Apr 24, 2023 | 05:30 AM



SEDANG masyarakat Islam di sini sibuk membuat kuih-muih, persiap juadah, mengemas dan menghias rumah bagi menyambut Syawal, satu pasangan suami-isteri pula cekal membuat persiapan rapi di akhir Ramadan bagi menjalani ujian getir - antara hidup dan mati.



Bagi Encik Mohamad Tahar Juma'at, 55 tahun, tiada yang lebih bermakna dan berharga dalam hidupnya di Aidilfitri ini kecuali pengorbanan seorang isteri yang dikahwini sejak 30 tahun lalu yang sedia menggadai nyawa - mendermakan salah satu ginjalnya demi membolehkan suami menikmati kehidupan yang lebih bererti.



Harapan itu menjadi lebih manis apabila doktor pakar di Hospital Besar Singapura (SGH) mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa ginjal yang bakal didermakan isterinya, Cik Rosmawati Moenir, 52 tahun, adalah bersesuaian dan melepasi segala pemeriksaan dan kriteria perubatan.



Menceritakan detik-detik getir yang dihadapi, Encik Mohamad Tahar berkata doktor menemui satu keluarbiasaan dalam spesimen ujian isterinya, jadi ujian kedua dilaksanakan pada keesokannya.



"Saya sangat bersyukur apabila doktor mengesahkan segalanya baik apabila kami bertemu pagi tadi. Sekiranya tidak, saya akan terus kekal menggunakan mesin dialisis sepanjang hayat," ujarnya semasa ditemui Berita Harian (BH) di rumahnya di Punggol Place, pada Jumaat.



Pembedahan bagi pemindahan organ melibatkan pasangan suami isteri itu berlangsung di SGH, bermuda sekitar 8 pagi dan berakhir pada 4 petang Rabu, 19 April - tiga hari sebelum Hari Raya - dengan kedua-dua mereka berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan.



"Saya memang sejak awal lagi ingin mendermakan ginjal kepada suami kerana mahu beliau kembali menjalani kehidupan yang biasa kami lalui dahulu. Kami bernasib baik kerana pemeriksaan dan penelitian doktor pakar mendapati ginjal saya sesuai untuk didermakan kepadanya," kata Cik Rosmawati, penuh harapan.



Sebagai menggambarkan kerumitan proses pemindahan organ ini, Encik Tahar dan isteri telah memulakan proses rawatan sejak Oktober 2022 lagi.



Bermula 24 Ramadan lalu, beliau telah mula memakan ubat antipenolakan atau anti-rejection medicine untuk operasi pemindahan ginjal ini.



"Ubat Tacrolimus ini saya perlu makan seumur hidup kerana ubat ini membantu tubuh saya menerima ginjal baru.



"Ros tidak perlu makan apa-apa ubat buat masa ini. Ubat ini ada kesan sampingan, dari kemungkinan timbulnya barah hingga berlaku pengguguran rambut," dedahnya yang menjalani rawatan dialisis terakhir pada Selasa, 18 April.




"Saya memang sejak awal lagi ingin mendermakan ginjal kepada suami kerana mahu beliau kembali menjalani kehidupan yang biasa kami lalui dahulu. Kami bernasib baik kerana pemeriksaan dan penelitian doktor pakar mendapati ginjal saya sesuai untuk didermakan kepadanya."



- Cik Rosmawati Moenir, 52 tahun, yang mendermakan salah satu ginjalnya kepada suaminya, Encik Mohamad Tahar Juma'at, 55 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >